Tak putvs asa, Zara Zya Cuba Ceburi Bisnes Ini Pula..

KUALA LUMPUR: Pengalaman berdepan dengan keg4galan apabila dua restorannya bungkvs tidak sesekali membuatkan aktres, Zara Zya berpvtus asa.

Pelakon drama Seadanya Aku dan Korb4n Kasih itu tetap berusaha apabila membuka restoran ketiga. Restoran Zara Zya Cooks beroperasi di Shah Alam, Selangor mula dibuka sejak awal Jun lalu diusahakan bersama teman lelakinya selaku rakan kongsi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m proud of everything we are done ❤️ . . @zarazyacooks #backbone #team 👩🏼‍🍳 No.15, Jalan Setia Dagang AJ U13/AJ, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

Akuinya, dia lebih teruja kali ini, memandangkan perniagaannya mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Saya dapat merasakan saya sudah menemui ‘forte’ perniagaan sebab sebelum ini, ramai tahu saya membuat pelbagai perniagaan. Secara jujurnya, perniagaan makanan menjadi minat sejak dahulu.

“Peminat tahu saya suka masak dan ada yang meminta saya membuka restoran. Impian saya memiliki restoran sendiri sejak dahulu lagi. Cuma, kini saya berjumpa pasukan yang betul untuk membangunkan perniagaan dan lokasi pula di kawasan strategik,” katanya kepada BH Online.

Pengalaman dua restoran bungkus mengajar Zara Zya mengendalikan restoran dengan lebih baik bersama pasukan berpengalaman. - Foto IG Zara Zya

Berkongsi perjalanannya, Zara menyifatkan pengalaman terdahulu mengajarnya untuk mengendalikan restoran dengan lebih baik.

“Sebelum ini, saya pernah mempunyai kedai makan di Medan Selera di pusat beli belah Melawati Mall. Di situ, saya hanya menjual nasi lemak, tetapi sambutan sangat memberangsangkan. Kemudiannya, ia ditvtup dan saya buka pula Kedai Suka Makan di Mutiara Damansara.

“Bagaimanapun, ia juga ditutup mungkin namanya tidak cukup kuat dan disebabkan masalah dalaman. Restoran Zara Zya Cooks ini dikira perniagaan ketiga saya.

“Kali ini, saya tampil dengan strategi baharu dengan meletakkan nama saya sendiri dan menggunakan khidmat pasukan yang sememangnya berpengalaman,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH, IG Zara Zya

Be the first to comment on "Tak putvs asa, Zara Zya Cuba Ceburi Bisnes Ini Pula.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*