Zarina Zainuddin ‘ded4h’ rahsia Mak Mah kekal sihat, walaupun umur mencecah 74 tahun.

PELAKON Zarina Zainuddin melahirkan rasa kagum dengan artis veteran, Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana kesihatan dan tenaganya yang kuat walaupun sudah lanjut usia.

Menurut Zarina, dia tidak pernah melihat Mak Mah mengambil sebarang ub4t-ub4tan sepanjang tiga bulan menjalani penggambaran bersama pelakon veteran itu sebelum ini.

“Alhamdulillah, umur Mak Mah 74 tahun tapi sihat, kuat bertenaga tak ada sebarang peny4kit.

“Sepanjang penggambaran tiga bulan dengannya, tidak pernah nampak dia makan ubat macam orang-orang tua yang lain,” tulisnya.

Ruminah Sidek masih kuat dan bertenaga walaupun sudah berusia 74 tahun.

Selain itu Zarina, 49, turut memuji Mak Mah yang tidak mempunyai pantang larang dalam pemakanan.

Bagaimanapun, pelakon drama Tari Tirana ini berkata Mak Mah mengamalkan meminum air masak berbanding minuman manis.

“Dia makan semua cuma dia tak minum air kopi, teh atau milo… dia kata dia tak reti.

“Dia minum air oren, itu pun sikit saja selebihnya minum air masak,” katanya.

Setiap kali melangkah dia suka berzikir dengan menyebut nama Allah.

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

Zarina turut bercerita tentang amalan pelakon veteran itu yang sentiasa menyebut nama Allah dalam segala perbuatannya.

Tambahnya, jodoh kelima Mak Mah bersama peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail, 76, merupakan perkahwinan paling bahagia buatnya.

“Dia tak ada pantang larang tapi mulutnya tak lepas sebut kalimah Allah… setiap kali melangkah dia suka berzikir dengan menyebut nama Allah,” jelasnya.

Zarina menyifatkan Ruminah Sidek sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan pandai menghias diri.

Di samping itu, Zarina berkata dia terharu kerana Mak Mah sering memberi nasihat berguna kepadanya.

“Mak Mah ni penyayang orangnya, sentiasa tersenyum gembira dan pandai menghias diri… sentiasa nampak segak, lawa di usia emasnya.

“Dia buat saya rasa terharu sebab dia kata rezeki Allah berbagai bentuk, kita kena bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat dalam hidup kita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allhamdulillah umur mak mah 74 tahun tapi sihat kuat bertenaga takde sebarang penyakit sepanjang shooting 3 bulan dengan beliau tidak pernah nampak dia makan ubat macam orang orang tua yang lain dia makan semua cuma dia tak minum air kopi ,teh atau milo dia kata dia tak reti 😃😃😃 dia minum air oren saja itu pun sikit jer selebihnya dia minum air masak ..dia takde pantang larang tapi mulutnya tak lepas kalimat Allah setiap kali dia melangkah dia suka berzikir dengan menyebut nama Allah .. saya kagum sungguh bila cerita mak mah dah 5 kali berkahwin dalam hidupnya ..perkahwinan terakhir mak mah dengan atok bahagia ..mak mah ni penyayang orangnya sentiasa tersenyum gembira dan pandai menghias dirinya sentiasa nampak segak lawa diusia emasnya dia membuat saya saya rasa terharu sebab dia kata rezeki Allah berbagai bentuk kita kena selalu bersyukur dan selalu berterima kasih dengan Allah memberi nikmat dalam hidup kita ❤️ Love u mak mah 💕 @ruminah_sidek

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Love you, Mak Mah,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Zarina Zainuddin ‘ded4h’ rahsia Mak Mah kekal sihat, walaupun umur mencecah 74 tahun."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*