HamiI Kembar Di Usia 39 Tahun, Dr Halina Akui Mencabar – “Yang Sama Hanyalah Saya Semakin Membesar …”

Isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina akui hamiI anak kembar kali kedua ini sangat mencabar.

Menurut Dr Halina, dia dapat merasakan reaksi yang berbeza untuk proses kehamiIan kali ini memandangkan usianya sudah memasuki 39 tahun.

“Terima kasih kepada semua atas doa anda. Alhamdulillah kami bersyukur dengan segala doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih lagi.

“HamiI di lewat usia datang dengan pakej cabaran yang berbeza. Saya dapat rasakan badan saya memberi reaksi berbeza berbanding kehamiIan dulu. Yang sama hanyalah saya semakin membesar,” tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Dr Halina turut berkongsi rakaman video ketika melakukan imbasan uItrasound di sebuah hospitaI.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar meluahkan rasa gembira apabila bakal menerima sepasang kembar lagi.

Dalam pada itu, Dr Halina turut mengucapkan terima kasih kepada wargamaya yang tidak putus mendoakan untuk mereka sekeluarga.

“Waktu ini ketika saya berjumpa Dr @fara.azura, kawan lama saya dari HospitaI Selayang.

“Video pertama di sebelah kiri menunjukkan bagaimana kembar terletak bersebelahan di rah1m. Dua katvng yang dipisahkan dan dua kantvng yang terpisah.

“Seterusnya adalah bay1 di sebelah kanan dan video terakhir adalah bay1 di sebelah kiri.

“Terima kasih sekali lagi atas doa anda semua. Sentiasa doakan kami,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Thank you very much for all your well wishes. Alhamdulillah we are blessed with kind words and doa from all of you. Thank you again. . Being pregnant at a not-a-very-young-age comes with different set of challenges. I can feel my body reacting differently from previous pregnancy.. the only same thing is the fact that I'm growing bigger 😁🤰🏻 . This time Im seeing Dr @fara.azura , my old friend from good old Hosp Selayang days.. . The first video on the left showing how the twins located next to each other in the womb. Two separated sacs.. and two separated placenta. Next one is the baby on the right.. and last video is baby on the left.. . Thank you again for your well wishes. Pls keep us in your prayers X

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "HamiI Kembar Di Usia 39 Tahun, Dr Halina Akui Mencabar – “Yang Sama Hanyalah Saya Semakin Membesar …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*