[GAMBAR] Nyaris Bvta, Imbau Kembali Memori ‘Madonna Malaysia’ Noreen Noor

Pada 5 tahun dahulu, berita sedih tentang pemergian pelakon dan penyanyi yang popular di era 1980-an, Noreen Noor. Allahyarham meningg4l dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri akibat komplikasi buah pingg4ng dan jantung.

Mengimbau kembali kerjayanya dalam bidang seni, Noreen memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya yang berjudul Kepastian. Pernah mendapat jolokan Madonna Malaysia sekitar tahun 1980-an.

Mungkin generasi sekarang tidak mengenali di sebalik nama Noreen Noor. Namun 5 fakta ini sudah cukup untuk mengenang kembali kehidupan sebelum dia pergi buat selamanya.

Bekas Isteri Kerabat Diraja

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Noreen Noor berkahwin kali pertama pada 11 Ogos 1984, ketika berusia 25 tahun. Suami pertamanya ialah kerabat Diraja Pahang, Tengku Kamaruzzaman Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, seorang pegawai tentera.

Mereka tidak dikurniakan anak. Pada 1987, Noreen Noor telah berpisah dengan Tengku Kamaruzzaman, dan mereka bercer4i secara sah tidak lama kemudian.

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Perkahwin buat kali ke-2 pada 27 Disember 1990. Perkahwinan tersebut dibuat secara sederhana tanpa mendapat publisiti pihak media. Noreen Noor berkahwin dengan Baharuddin Ngah seorang pegawai tinggi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berasal dari Terengganu. Tahun berikutnya, Noreen Noor telah melahirkan anak kandung tunggalnya, Danial Baharuddin.

Kemudian dikhabarkan Noreen Noor Berkahwin dengan Datuk Mokhtar Ahmad. 

Model Iklan Kereta

Kredit Foto: Arkibnegara.blogspot.com

Noreen Noor terpilih untuk mengiklankan sebuah jenama kereta. Nissan Stanza 1600 dikatakan sebagai “kereta masa depan” dengan ciri seperti “kotak gear 5 kelajuan yang comel” dan sebagainya.

Dua Pupu Datuk Khadijah Ibrahim

Noreen Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.

Nyaris Bvta

Allahyarham sebelum ini pada awal tahun 2008 nyaris-nyaris kehilangan kedua-dua belah matanya kerana urat matanya terputus dan menyebabkan berlaku pendar4han dalaman.Punca pendarahan itu yang sempat diceritakan Allahy4rham adalah kerana terlalu lama berendam air mata mengenai pemergian orang yang paling disayangi dalam hidupnya.

Tahun 2005, Allahy4rham kehilangan seorang abang yang paling rapat dengannya iaitu Roslan Mohd. Nor. Dua tahun kemudian, ibunya, Saodah dan selang dua tahun selepas itu pula, bapanya, Mohd. Nor Ahad pula pergi menemui ilahi.

Pemergian seorang demi seorang benar-benar mencengkam jiwanya sehingga menyebabkan dia murvng dan patah semangat untuk hidup.

Pernah Bekerja di TNB (Tenaga Nasional Berhad)

Noreen mula bernyanyi dengan Band Kilat. Ketika itu dia  bertugas di Lembaga Letrik Negara, LLN (kini Tenaga Nasional Berhad), di Bangsar. Setelah namanya mula menjadi sebutan, Noreen berhenti kerja dan menjadi penyanyi dan merakamkan suaranya dengan syarikat MRC milik Ahmad Nawab.

Kenangan Noreen Noor bersama peminatnya masih belum dapat dilupakan. Di sebalik kemasyhuran itu, terselit kisah duka dan dugaan yang ditempuhi sebagai anak seni. Al-Fatihah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: murai.my

Be the first to comment on "[GAMBAR] Nyaris Bvta, Imbau Kembali Memori ‘Madonna Malaysia’ Noreen Noor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*