Disamakan seperti Dato Aliff Shukri Yang Suka Menvnjuk-Nvnjuk. Ini Respon Padu Dari Aeril Zafrel. “Ya. Saya Mengaku…..

Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya seolah-olah cuba menunjuk-nunjuk apabila memuat naik sekeping foto ketika dirinya melakukan pembayaran zakat perniagaan.

Sebaliknya, kata Aeril, dia melakukan hal tersebut kerana mahu menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara sama, terutamanya kepada usahawan-usahawan lain.

“Saya seorang pemilik bisnes, ramai penjual produk di bawah saya. Jadi, sebagai pemimpin saya kena tunjukkan kepada mereka untuk tidak lupa menunaikan zakat.

“Macam mana saya nak ingatkan kepada mereka jika saya tak tunjuk kepada mereka. Saya buat bukan ingin menunjuk atau mahu sebarang pujian,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Bahkan, kata Aeril, dia menyedari bahawa ada pihak yang cuba mengaitkan dia seperti usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan suka menunjuk setiap kali membayar zakat.

Begitupun, katanya, dia sendiri mengakui terinspirasi daripada usahawan tersebut untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama

“Sebenarnya, saya sendiri terinspirasi daripada Aliff Syukri. Bila saya tengok apa yang dikongsikannya, dia mengingatkan saya agar untuk menunaikan zakat.

“Walaupun dia begitu, dia ingat tuhan..dia ingatkan saya pada perkara wajib. Bila tuhan beri rezeki kita kena beringat,” katanya.

Jelasnya lagi, dia juga kini mengambil pendekatan untuk menunaikan zakat perniagaannya pada setiap bulan.

“Saya rasa amalan yang baik ini jangan ditangguhkan. Biarlah amalan itu kita percepatkan walau pun ia sebenarnya hanya perlu dilakukan setahun sekali.

“Cuma, niat saya untuk buat tiap bulan, bukan apa saya terfikir kalau saya tak sempat nak tunggu setahun.. dibuatnya saya dah tak ada. Insya-Allah, sebulan sekali, ada keuntungan saya terus bayar,” jelasnya.

Terdahulu, Aeril menerusi posting di Instagram, berkongsi paparan komen dalam kalangan netizen yang tidak senang dengan tindakannya yang dikatakan menunjuk-nunjuk ketika menunaikan zakat

 

KOMEN NETIZEN :

Betul, hanya Allah yg tau niat hati kita. Jgn cepat menghvkum, niat bos hanya utk saling mengingati. Husnudzon 🤗

Takpe. Jgn biarkan kita dibel3nggu anasir org neg4tive mcm tu. Apabila kita buat benda baik dan berniat baik teruskan sahaja untuk jln kebaikan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK/ Apple Hijau

Be the first to comment on "Disamakan seperti Dato Aliff Shukri Yang Suka Menvnjuk-Nvnjuk. Ini Respon Padu Dari Aeril Zafrel. “Ya. Saya Mengaku….."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*