Terkejut Bila PM Buat Video Call. Pavithra Terg4mam Apabila PM Muhyiddin Tanya Soalan Ini!!

Sidang video Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah mencuri perhatian ramai.

Berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) di Kementerian Kewangan di sini, beberapa individu sempat berbual secara ‘live’ dengan Perdana Menteri itu.

Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu.

Soalan sempoi Muhyiddin kepada S. Pavithra

Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyddin hari ini ialah pasangan suami isteri YouTuber yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’, yang sebelum ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada Perdana Menteris sendiri.

Ketika berinteraksi, Muhyiddin sempat mengusik M Sugu, 29, dan isterinya S Pavithra, 28, dengan bertanya yang mencuit hati.

” Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing?” gurau Muhyiddin

Soalan itu kemudian disusuli gelak tawa mereka yang turut berada ketika sidang tersebut.

” Bila Tan Sri ada masa dan peluang kami akan masak untuk Tan Sri. Bila yer?” jawab S Pavithra semula kepada Muhyiddin.

Pasangan yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) itu berkata, bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri. Saluran YouTube ‘Sugu-Pavithra’ kini mempunyai lebih 600,000 pengikut.

Rosnizam Ishak, 43, pula menggunakan dana BPN untuk memulakan perniagaan kambing perap setelah kedai makan yang diusahakannya sejak 2015 terjejas sewaktu PKP hingga terpaksa ditutup akibat perniagaan merosot selain pekerja tidak hadir bekerja atas faktor keselamatan.

Kesan daripada PKP itu, katanya dia dan isterinya mendapat idea perniagaan baharu yang bersesuaian dengan kebiasaan baharu dengan memilih mengusahakan perniagaan kambing perap sejuk beku.

” Musibah telah menjadi hikmah. Perniagaan kambing mendapat sambutan luar jangkaan. Penggunaan 100 peratus media sosial telah memulihkan ekonomi kami,” kata Rosnizam yang berasal dari Bertam, Pulau Pinang, sambil menambah BPN itu diberikan tepat pada masanya.

Rosnizam berkata, usahanya tidak terhenti di situ sahaja kerana perniagaan itu turut membuka peluang kepada orang lain dengan menjadi ejen dan penghantar kambing perap untuk menampung pendapatan semasa PKP.

Pemandu teksi di Lembah Klang, Ahmad Rusdi Mat Daud, yang terkesan ketika PKP berkata, bantuan one-off RM600 untuk pemandu teksi dan BPN sebanyak RM1,600 telah membantu meringankan beb4nnya.

Berkongsi kesukaran ketika PKP, Ahmad Rusdi, 52, berkata, pendapatannya begitu terjejas dan ketika itu amat sukar untuk mendapat RM20 walaupun bekerja sehingga 13 jam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Jalankami/ @Soya Lemon

Be the first to comment on "Terkejut Bila PM Buat Video Call. Pavithra Terg4mam Apabila PM Muhyiddin Tanya Soalan Ini!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*