Satu-satunya harapan dalam keluarga. Rita Rudaini didik anak jadi imam keluarga.

KUALA LUMPUR: Sebagai ibu, tiada apa yang lebih penting buat pelakon, Rita Rudaini selain melihat kepuasan dan senyuman yang terukir di wajah anak-anaknya.

Melihat mereka teruja menikmati juadah hari raya adalah satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kemeriahan Syawal pelakon, Rita Rudaini dan anak-anaknya tetap meriah biarpun hanya menyambutnya bertiga di Kuala Lumpur.

Kel4zimannya, Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, pulang menyambut Syawal di kampung halaman di Kampung Utan Aji, Perlis. Bagaimanapun, mereka sekeluarga tidak boleh merentas negeri berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk tidak mengurangkan sambutan Aidilfitri, biarpun hanya beraya bertiga, pelakon yang meledak populariti menerusi drama Cinta G1la dan Rahsia Hati itu menyediakan pelbagai juadah istimewa pada pagi raya.

“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling h1ba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelaz1mannya.

“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COV1D-19 yang melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja.

“Anak-anak sukakan ketupat, hidangan wajib setiap kali raya. Mereka gemar makan bersama gulai daging air tangan Mama. Oleh itu, saya menempah ketupat dan memasak gulai daging sendiri mengikut resipi yang diminta daripada Mama,” katanya kepada BH Online.

Kata Rita, sebelum memasak gulai daging yang menjadi kegemaran anak-anak, dia menelefon Mama terlebih dahulu untuk mendapatkan resipi aslinya. Rayyan dan Arjuna terkejut dan memuji keenakan gulai daging yang dimasak, setanding dengan Mak Tok mereka.

“Kerana terlalu banyak juadah dimasak, anak-anak menyangka ada tetamu datang ke rumah. Keluarga dan sepupu terkejut apabila melihat hidangan tersedia atas meja apabila saya membuat panggilan video.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kami xramai..3 beradik ja….walau jauh tp kami smua seronok mcm rasa dok dekat…rindu mmg rindu… ❤️family ❤️ @alasalleh @zuridams @zuheezam ryan ckp tokngah sama bj dgn ryan 😂

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Mereka kagum melihat saya mampu memasak pelbagai jenis juadah, sedangkan selalunya saya hanya masak menu tertentu sahaja apabila balik kampung. Selebihnya, disediakan oleh Mama,” kata Rita.

Gara-gara bimbang pandemik COV1D-19 yang belum berakhir, Rita ‘menutup’ pintu rumah daripada menerima kehadiran tetamu, biarpun ramai sanak saudara menetap sekitar Lembah Klang. Sepupu rapatnya turut mematuhi arahan kerajaan tidak kunjung mengunjung bagi mengelakkan menanggung ris1ko.

Pada pagi raya, Rita berkata, dia sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah.

“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat untuk ibu dan adik, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz. Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” katanya.

Mengulas perkembangan kerjanya, Rita berkata, dia memberikan tumpuan kepada perniagaan pakaian raya dan produk kecantikannya memandangkan penggambaran ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia tidak menyangka jualan baju raya mendapat sambutan menggalakkan hingga kehabisan stok, meskipun tidak berpeluang menyertai bazar Ramadan, tahun ini.

“Nasib baik saya sempat melakukan promosi lebih awal, Februari lalu. Walaupun tidak dapat menyertai bazar, stok baju raya habis dan kini, saya sedang menambah stok berikutan masih banyak permintaan.

“Insya-Allah, kami sedang merangka menghasilkan stok baharu sempena Aidiladha pula. Saya bersyukur dalam tempoh PKP, di mana tidak dibenarkan menjalani penggambaran, ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan,” katanya yang mempunyai penggambaran program memasak yang masih berbaki tiga episod berjudul Explorasi Bersama Rita Rudaini.

Program bercirikan travelog itu bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Rita berkata, program berkenaan cukup menarik kerana berpeluang menjelajah seluruh negeri untuk mempelajari masakan tradisi.

Katanya, dia sempat mencuba resipi rendang Negeri Sembilan pada hari pertama Syawal.

“Resipi ini diperoleh ketika menjalani penggambaran di Rembau. Saya tidak menyangka penyediaan masak rendang tidaklah sesukar yang disangka.

“Sebelum PKP, kami sempat menjalani penggambaran di utara, sepatutnya selepas raya kami akan pergi ke bahagian selatan pula. Bagaimanapun, setakat ini, saya tidak tahu bagaimana statusnya, memandangkan penggambaran perlu dijalankan di rumah orang,” katanya yang bertindak selaku hos.

Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah Ustaz @hjzalie ckp bacaan sisturr ok dr mula2..😂ok laaa asalkan sebutan tu btui…biaq la baca xmerdu mcm johan musabaqah 😂asalkan sisturr dah paham cara baca yg btui…tkasih Ustaz @hjzalie dah bertahun ajaq anak2 sisturr…rugi rasanya xjoin dr tahun mula2 dulu…. . . . Satu lg nk habaq,Ustaz @hjzalie nk buat kelas asas Al-Quran ONLINE u ollss 👏🏻👏🏻…so xdak la alasan xle mai kelas jln jem lah,jauh lah itu lah ini lah..kannnn 😉 nak seribu daya org kata….best tau sbnaqnya blajaq online ni jimat masa kita…sapa nak join bole WATSAP USTAZ @hjzalie …jom laa kita kumpul saham akhirat plak bg balance hidup kita 😊pelan2 xpaa dr xbuat langsung kan 😉

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH/ Pisang Daily/ IG Rita

Be the first to comment on "Satu-satunya harapan dalam keluarga. Rita Rudaini didik anak jadi imam keluarga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*