Luqman Hakim Ke Liga Belgium Atau EPL?

Luqman Hakim Shamsuddin, bintang bola sepak yang menjadi bualan hangat, selepas menjadi watak penting kemenangan buat skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, ketika menentang Australia pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B-18 2019.

Mengesahkan Mendapat Panggilan Dari KV Kortrijk

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mengesahkan sudah mendapat panggilan daripada KV Kortrijk untuk menyertai kelab Belgium itu, minggu depan.

Dia yang kini bersama Selangor menjelaskan akan memohon kebenaran selepas kerajaan membenarkan pergerakan rakyat Malaysia untuk ke luar negara semalam. 

Pada September lalu, Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu.

Bagaimanapun, kontrak itu dilaporkan hanya termeterai Mac lalu selepas Luqman berusia 18 tahun.

Mengikut perancangan awal, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akan berlatih bersama Cardiff City terlebih dahulu bermula dari Januari hingga Mac lalu sebelum menyertai KV Kortrijk.

Biodata Luqman Hakim Shamsudin, Pemain Bola Sepak Malaysia | Iluminasi

Menandatandangi Perjanjian Menerusi EL-EF Sport

Bagaimanapun, menerusi laman Instagram EL-EF Sport Agency, Luqman dikatakan telah menanda tangani kontrak untuk ke Eropah. Walau bagaimanapun, agensi berkenaan belum mended4hkan kelab mana yang mahu menandatanganinya dan juga divisyen mana Luqman akan bermain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

EL-EF SPORT are pleased to announce the signing of one of the most exciting young talents to emerge out of Asia, @luqmansham_10 He is featured in @goalglobal and @guardian. We look forward to working with Luqman and providing him with the right environment as he begins his professional journey! – – – #ELEFSPORT #Newsigning #Futureballer #Wonderkid #AFC #Malaysia #nxgn #baller #FIFA #football

A post shared by EL-EF SPORT (@elefsportagency) on

Kelab EPL Intai Peluang Ikat Luqman Hakim

Menurut perkongsian Pemain Ke-12 di laman media sosial Twitter, ada kelab Liga Perdana Inggeris berminat untuk mendapatkan khidmat Luqman Hakim (Bukan Cardiff City).

Kelab EPL itu berminat dapatkan khidmat Luqman Hakim untuk menaikkan reputasi mereka mereka di rantau Asia Tenggara. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Twitter/ BH/ IG EL-EF Sport

 

Be the first to comment on "Luqman Hakim Ke Liga Belgium Atau EPL?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*