Didaakwa balik kampung, tunai solat Jumaat, sebar viirus. Ini penjelasan KKM tentang iisu pelajar tahfiz posit1f coviid-19 balik kampung..

KEC0H apabila seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan did4kwa posit1f Coviid-19 dikatakan telah pulang ke kampung di Kampung Huma di Alor Setar, Kedah.

Menurut posting di halaman Facebook pada Ahad yang kini tular, pelajar tahfiz tersebut did4kwa membuat ujian saringan Coviid-19 sebelum pulang ke kampung dan hasil laporan didapati pos1tif.

Menurut posting yang sama, dia turut mendakwa pelajar tahfiz itu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kampung Huma, dan susulan kejadian itu, dakw4nya masjid tersebut diarah tutup selama seminggu.

KKM Nafi Pelajar Tahfiz Positif Coviid-19 Balik Kampung

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan mengenai pelajar tahfiz di Negeri Sembilan yang dikatakan positif Covid-19 selepas menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Alor Setar, Kedah, seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak ada menerima laporan berhubung perkara itu.

“Perkara itu tidak benar dan kami tidak ada menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status dimuat naik di media sosial yang mendakwa ada pelajar tahfiz di Negeri Sembilan pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

“Saringan akan tetap dijalankan, tetapi apa yang dimuat naik di Facebook adalah tidak benar dan kita tiada pun laporan kes tersebut.

“Tetapi apa yang pasti, kita masih menjalankan ujian saringan berterusan (ke atas pelajar tahfiz),” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, tegas Dr Noor Hisham, KKM turut mempunyai rekod kira-kira 120 sekolah tahfiz berdaftar di negara ini.

“Jadi kita menjalankan pengesanan kontak kepada mereka dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka telahpun pulang ke rumah masing-masing.

“Jadi, sampai hari ini pun kita ada nama dan kita akan menjalankan pengesanan kontak. Sekolah tahfiz atau pelajar tahfiz adalah salah satu kumpulan sasaran yang kita telah kenalpasti dan kita akan menjalankan saringan untuk mereka.

“Yang pasti kita bukan nak stigm4kan mereka tetapi mahu pastikan mereka tiada virus tersebut,” tambah beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kes4hihan kerana dibimb4ngi akan menc3tuskan kegus4ran dan p4nik dalam masyar4kat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM/ Astro Awani/ mStar

 

Be the first to comment on "Didaakwa balik kampung, tunai solat Jumaat, sebar viirus. Ini penjelasan KKM tentang iisu pelajar tahfiz posit1f coviid-19 balik kampung.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*