Setia berkhidmat selama 35 tahun dengan KKM. Inilah sosok yang membuat Dr Noor Hisham seb4k yang digelar “Panglima P3rang”..

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak ketika mengumumkan persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Pengumuman itu dibuat selepas mengakhiri sesi soal jawab pada sidang media harian berkaitan k3s Cov1d-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, petang Rabu.

“Dengan berat hati, ingin saya memaklumkan bahawa hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima p3rang saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020.

“Setelah berkhidmat selama 35 tahun dan 10 hari, beliau telah bersama dengan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wab4k Cov1d-19,” katanya.

Kedengaran suara Dr Noor Hisham tersekat-sekat cuba menah4n seb4k, namun meneruskan ucapannya.

“Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sedikit Info Mengenai Dr. Rohaizat

Dr. Rohaizat telah berkhidmat selama 35 tahun dengan Kementerian Kesihatan. Beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 25 Mac 2019.

“Pada pengakhiran perkhidmatannya, sudah menjadi rezeki beliau (barangkali), untuk bersama-sama dengan saya dan barisan panglima-panglima KKM untuk mengharungi wab4k COV1ID-19 ini.

“Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat dan Negara.

“Kalau nak bercerita mengenai kejayaan-kejayaan dan sumbangan beliau, memanglah banyak dan tidak dapatlah saya hendak sebutkan satu persatu,” kata Dr. Noor Hisham.

Hari terakhir perkhidmatan Dr. Rohaizat menyaksikan jangk1itan baharu Covi1d-19 dalam negara merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi kes penul4ran tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.

Untuk rekod, dua hari berturut-turut tiada jangk1itan Covi1d-19 berkaitan kes penul4ran tempatan membabitkan rakyat tempatan.

“Sebagai seorang Pakar Perunding Kanan Perubatan Kesihatan Awam, beliau berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan kesihatan, perancangan polisi dan pelan strategik kesihatan dan pengukuhan perkhidmatan perubatan. Ini adalah melalui pengalamannya antara lain sebagai Pengarah Hospital Kluang, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, serta Timbalan Pengarah Kanan (Cawangan Pembangunan Profession Perubatan) Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM”- Dr Norr Hisham

Bagi mereka yang mengikuti sidang media berkenaan menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook rasmi KKM, turut disertakan serangkap pantun istimewa buat Dr Rohaizat.

“Daun selasih daun mengkudu, terima kasih Datuk Rohaizat, we all love you..,” demikian pantun yang ditujukan daripada seluruh anggota program perubatan dan warga KKM.

Sejak sidang media mengenai Cov1d-19 yang dikendalikan oleh Dr Noor Hisham hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu, Dr Rohaizat turut sama-sama setia ketika pengumuman dibuat bagi memaklumkan perkembangan mengenai pandem1ik itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Basic Degree Dr. Rohaizat :
M.D UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.  Specialist Degree : M.H.P ( MASTER OF HEALTH PLANNING UNIVERSITY OF NEW SOUTH WALES SYDNEY 1991, PHD (DOCTOR OF PHLLOSOPHY) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Setia berkhidmat selama 35 tahun dengan KKM. Inilah sosok yang membuat Dr Noor Hisham seb4k yang digelar “Panglima P3rang”.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*