Pencapaian Muhyiddin layak dapat A. -Naib Presiden PAS

KOTA BHARU: PAS menyifatkan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang genap 100 hari semalam, adalah cemerlang dan layak mendapat A.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Muhyiddin berjaya menangani mas4lah negara terutama isu COV1D-19.

“Pada pandangan peribadi saya, beliau (Muhyiddin) berjaya menunjukkan kebolehan sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai pasukan baik dan orang-orang hebat bersama beliau.

“Kalau boleh bagi markah, memang saya bagi A dalam tempoh 100 hari,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco, di sini, hari ini.

Semalam, genap 100 hari pertama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda kris1s kesihatan akib4t penul4ran pand3mik COV1D-19 selain badai ekonomi.

Beliau yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hazrul Shahiri, Muhyiddin bukan sahaja mengubah isu kesihatan COV1D-19 untuk menjadi peluang membuktikan kemampuannya sebagai Perdana Menteri, malah berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH

Be the first to comment on "Pencapaian Muhyiddin layak dapat A. -Naib Presiden PAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*