Sebelum ini kisah mengenai seorang kanak-kanak iras Neelofa menjadi perhatian ramai. Dikatakan muka sama seperti selebriti tersebut semasa kecil, populariti kanak-kanak bernama Che Naura Auni, 6 tahun terus meningkat naik.
Manakan tidak adik Naura Auni itu turut menjadi tetamu jemputan di rancangan Meletop yang diacarakan oleh Neelofa sendiri. Selain dari itu, baru-baru ini seorang lagi gadis dikatakan ada iras Neelofa.
Video pendek gadis tersebut yang dikongsikan oleh adiknya di Twitter telah meraih lebih 700 ribu tontonan.
kalau @Neelofa notice ni mesti akak aku happy pic.twitter.com/Px0yuKaYRG
— astilbe (@mimishrl) June 5, 2020
Malah kisah mengenainya turut mendapat perhatian Neelofa sendiri dengan memberi reaksi mengenainya di laman Twitter miliknya.
Kakak u lagi cantik tau ❤️ https://t.co/eMTTKIdN8U
— Neelofa (@Neelofa) June 6, 2020
Walaubagaimanapun di Instagram gadis bernama Afina Balqis tersebut, dia memberitahu dengan jelas tahi lalat dalam video itu adalah hanya buatan dan bukan yang sebenar. Selain itu dia turut mengakui wajahnya tidaklah iras Neelofa sama sekali.
Apa-apa pun di ruangan komen perkongsian asal dari adiknya yang juga pemilik akaun Twitter @mimishrl, rata-rata netizen mengakui wajah gadis ini ada iras Neelofa:
“Ni serius ingat Neelofa time mula-mula sebelum baca kapsyen”
“Weh samanyaaa! Ingatkan betul-betul Neelofa tadi sebelum baca kapsyen. Kejut gak Lofa buat Tiktok”
“Lama aku tunggu mana kakak dia sekali laaa tu kakak dia keee aku ingat Neelofa”
Ini pula antara beberapa foto gadis ini:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Gadis Ini Dikatakan Iras Neelofa, Ini Respon Dari Selebriti Tersebut!!"