Tak Lama Lagi Dah Boleh Panggil ‘Datin Atikah’.. Kini Menanti Detik Dan Hari Bahagia.Kekasih Hati Atikah Bukan Calang Calang Orang.

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 29, dan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, 31, hanya boleh memikirkan fasa seterusnya apabila pand3mik COV1D-19 berakhir.

Ini berikutan mereka kini berjauhan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Atikah berada di negara kelahirannya, Singapura, manakala Lokman di Kuala Lumpur.

” Hubungan jarak jauh menyebabkan tiada apa yang boleh dirancang buat masa ini, apatah lagi lar4ngan merentas negara masih dikuat kuasa.

” Saya berharap COV1D-19 segera berakhir. Selagi belum selesai, selagi itulah segala perancangan ke fasa seterusnya tidak boleh terlaksana.

” Apakan daya, kami juga terpaksa berpisah jauh buat seketika,” katanya kepada BH Online.

Diakui, hubungan terjalin selepas empat bulan impian Atikah melangkah ke jenjang pelamin bersama penyanyi, Awi Rafael tidak kesampaian.

” Saya dan kekasih diperkenalkan oleh rakan-rakan. Kebetulan rakan saya juga berkawan dengan Lokman.

” Awalnya, sekadar teman biasa, tetapi lama kelamaan kami gembira bersama,” katanya yang membuat pend3dahan hubungan cinta dengan Lokman pada Julai, tahun lalu.

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime berkurung di Singapura selama beberapa bulan hanya menunggu lampu hijau kerajaan Malaysia memberi keizinan kepada warga asing masuk.

” Saya sudah lama berehat, hampir tiga bulan. Perasaan rindu kembali bekerja membuak-buak, apatah lagi saya masih mempunyai baki 10 episod untuk drama Dendam Cinta Arissa terbitan Radius One Sdn Bhd.

” Saya sudah berbincang dengan keluarga keputusan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga bimbang sekiranya saya tak dapat pulang dalam tempoh lama berikutan tanggungjawab pada tugas.

” Kini, saya sedang menantikan maklumat mengenai kemasukan ke Malaysia. Setakat ini, belum ada lagi keputusan.

” Saya dan pelakon, Hisyam Hamid berbincang mengenai hal ini berikutan kami digandingkan menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin,” katanya.

Pelakon filem Lagenda Budak Hostel dan Volkswagen Kuning itu berkata, syarikat produksi ada memaklumkan melakukan penggambaran secara berasingan. Mereka akan menyiapkan penggambaran watak lain terlebih dahulu.

” Selepas mendapat keizinan masuk semula ke Malaysia, barulah mereka akan menyelesaikan bahagian saya dan Hisyam,” kata Atikah.

Siapa Datuk Lokman Teh

Difahamkan kekasih Atikah itu merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Lokman juga merupakan pewaris produk penjagaan badan popular muslim yang sangat popular satu ketika dahulu.

Selain itu, berdasarkan carian juga, Datuk Lokman sendiri terlibat dalam aktiviti perniagaan jual beli kenderaan.

Malah beliau sendiri memiliki beberapa koleksi kereta mewah seperti Lamborghini, Bentley, Hammer dan Roll Royce.

Pada tahun 2016, nama Lokman pernah muncul dalam akhbar di mana beliau mengalami kerug1an sebanyak RM2.4 juta akibat dit1pu dalam urusan jual beli kenderaan mewah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Tak Lama Lagi Dah Boleh Panggil ‘Datin Atikah’.. Kini Menanti Detik Dan Hari Bahagia.Kekasih Hati Atikah Bukan Calang Calang Orang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*