Sekolah Rendah Mungkin Tidak Akan Dibuka Hingga Tahun Depan..

Penggantungan persekolahan mungkin berlarutan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar ketika Kementerian Pendidikan bersiap sedia mengumumkan garis panduan baru untuk membantu guru dan pelajar mematuhi langkah membendung penularan COVlD-19.

Sumber yang dekat dengan perbincangan mengenai pembukaan semula sekolah di seluruh negara, berkata hanya pelajar sekolah menengah yang bakal mengambil peperiksaan penting mungkin kembali ke kelas.

” Rancangannya ialah menggantung persekolahan untuk sekolah rendah sehingga tahun depan,” kata sumber kepada Free Malaysia Today (FMT).

Bagaimanapun FMT tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan pihak berkuasa berkaitan.

Tetapi, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin memberi bayangan hanya pelajar Tingkatan 4 dan 6 di kira-kira 3,000 sekolah menengah seluruh negara akan terbabit dalam pembukaan semula sekolah.

Sekolah di negara ini yang ditutup untuk cuti sekolah penggal pertama pada 14 Mac lalu masih ditutup akibat perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan 2 peperiksaan utama sekolah menengah, SPM dan STPM, serta UPSR darjah 6 dibatalkan.

Radzi Jidin (kanan) dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di sebuah sekolah di Semenyih semalam

SPM tahun ini yang dianggap peperiksaan paling penting dalam alam persekolahan akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

Radzi berkata, garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dihasilkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, akan diedarkan esok.

Ia bertujuan memperincikan cara mengawal pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial.

” Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan pihak sekolah bagi memastikan bila kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.

” Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan…apa yang penting semua pihak mainkan peranan.

” Ia termasuk pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa misalnya, jika anak bergejala tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya kepada Bernama.

Radzi berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang menghantar anak mereka ke sekolah walaupun tarikh belum ditentukan.

” Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan 2 minggu sebelum ia dibuka…kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah.”

SOP buka semula sekolah diyakini mampu bendung Covi1d-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yakin prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan semula sekolah yang telah siap dirangka mampu membendung penularan jangkitan wabak koronavirvs (Covid1-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana garis panduan tersebut telah mengambil kira semua perkara penting khususnya melibatkan penjarakkan sosial.

“Tetapi kita masih belum lagi membuat keputusan bila akan buka sekolah tersebut, tetapi SOP dan garis Panduan telah siap sedia.

“Bila saya lihat kepada pelaksanaan itu (ketika membuat tinjauan ke sekolah) saya yakin dengan sendiri bahawa SOP (pembukaan semula sekolah) yang ada (kita)dapat kita membendung jangkitan,” katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimb4ngan sesetengah ibu bapa sekiranya sektor pendidikan khususnya apabila sekolah dibuka semula.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini tarikh sebenar sekolah akan dibuka semula belum dipvtuskan lagi.

“Keutamaan (kerajaan) ialah kalau kita buka (sekolah) untuk pelajar adalah kepada pelajar tingkatan lima dan enam yang akan menduduki peperiksaan.

“Jadi jangka masa ialah dua minggu sebelum buka baru kita maklumkan kepada mereka,” katanya.

Katanya, berdasarkan SOP pembukaan semula sekolah yang dirangka KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu, pelajar tidak dibenarkan makan di kantin, sebaliknya makan di dalam kes masing-masing.

FMT

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: M.B

Be the first to comment on "Sekolah Rendah Mungkin Tidak Akan Dibuka Hingga Tahun Depan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*