PM kembali bertugas selepas kuar4ntin 14 hari

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memasuki pejabat di Putrajaya, hari ini selesai menjalani kuarantqn selama 14 hari sejak 22 Mei lalu.

Beliau memulakan tugas hari ini dengan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah bagi sesi pra-kabinet menerusi persidangan video.

Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah menteri.

Ia diadakan secara persidangan video yang mana menteri kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ket4t dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Perdana Menteri menjalani perintah kuarant1n bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan posit1f Cov1d-19.

Sepanjang tempoh itu, beliau menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.

Selasa lalu, Muhyiddin sekali lagi menjalani ujian saringan Cov1d-19 dan dis4hkan neg4tif.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MyMetro

Be the first to comment on "PM kembali bertugas selepas kuar4ntin 14 hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*