Penantian 35 tahun berakhir. Tindakan Menteri Wilayah Ini buat Che Nah sujud syukur

Umum mengetahui Tan Sri Annuar Musa merupakan Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu di bawah kepimpinan baru perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memegang jawatan sebagai menteri yang begitu dekat dengan penjaja, peniaga dan usawahan kecil di ibu kota, Annuar Musa dilihat sering mengambil pendekatan menyantuni golongan tersebut.

Apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai golongan peniaga kecil yang terputus punca pendapatan, justeru ramai memerlukan perhatian pihak kerajaan.

Sebelum ini  dalam satu hantaran di Twitter, Annuar Musa berkongsi aktiviti beliau menjengah peniaga kecil di tepi jalan sekitar Damansara.

Ada lesen kak?…tak Ada!!.

Berpakaian santai dengan berbaju ’round neck’, bertopi dan berkasut sukan, pasti orang ramai sukar untuk mengenali individu terbabit adalah seorang menteri.

” Sambil merayau ternampak MINI FOODTRUCK KAK NAH..singgah borak..Tanya berapa lama dah niaga, katanya dah lama..

” Ada lesen kak?…tak Ada!!..ha ha..teruskan berniaga kak Nah. Semoga terus maju Cari rezeki…lesen boleh Di URUS nanti..” tulis Annuar Musa.

‘Tweet’ Annuar Musa itu telah tular dan mendapat reaksi positif dari orang ramai meskipun mengetahui berniaga di tepi jalan adalah satu kesalahan apatah lagi tanpa lesen.

Malah ramai yang terharu kerana tindakan menteri wilayah itu memberi peluang kepada pemilik ‘food truck’ Che Nah Nasi Dagang untuk terus berniaga membuat lesen di kemudian hari.

CHE NAH sujud syukur sejurus menerima lesen perniagaan daripada Annuar.

Penantian 35 tahun berakhir, Che Nah sujud syukur terima lesen

KUALA LUMPUR – Selepas menanti selama 35 tahun untuk berniaga secara sah, Minah Awang, atau lebih dikenali sebagai Che Nah terus melakukan sujud syukur setelah menerima lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Lesen Penjaja Beredar itu diserahkan sendiri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa di lot parkir Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara.

Sejurus menerima lesen, Minah secara spontan bersujud syukur menyebabkan Annuar tersentak dengan perbuatannya itu.

Kata Minah lagi, tidak pernah tiada hari tanpa berurusan dengan DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke Pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya.

Che Nah yang berniaga nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan kuih-muih menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga selepas terpaksa menunggu dalam masa yang lama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya.

Reaksi warganet

Roshidah Abdul A’ala Sebenar nya.. penjaja penjaja kecil begini lah perlu dibantu untuk meneruskan kelangsungan hidup keluarga. Terimakasih TSAM kerana jiwa anda memahami jiwa penjaja dan rakyat. Semoga ALLAH sentiasa melindungi TS. Teruskan membantu penjaja penjaja kecil ini. Kami sebagai netizen dan NGO NGO di luar sana bangga kerana ada pemimpin yang menyelami jiwa mereka

Ros Ai Mi Benarkan peniaga nasik lemak or kuoh muih (yg ada permit) berniaga waktu pagi disekitar KL. Mereka berniaga sekejap jer. Susah nak makan waktu mco. Asyik nak kena delivery jer. Budget pun lari. Sekali order dlm rm10 – rm20.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Penantian 35 tahun berakhir. Tindakan Menteri Wilayah Ini buat Che Nah sujud syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*