PKPB: Sinar penghujungnya sudah kelihatan

KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVI1D-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COV1D-19 untuk tiga hari berturut-turut, sekali gus memberi petanda penularan pand3mik itu dapat dikawal pihak berkuasa.

Semalam, hanya lima daripada 20 kes baharu membabitkan penularan tempatan dalam kalangan warganegara, selain pada Isnin (enam daripada 38) dan Ahad (empat daripada 57).

Selain itu, rakyat Malaysia juga mungkin boleh berbangga kerana tiada kes kem4tian dicatatkan pada Selasa, untuk 11 hari berturut-turut.

Ini seolah-olah memberi petanda bahawa Malaysia dalam landasan tepat ke arah fasa pemulihan terakhir, susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil memutvskan rangkaian penular4n kes baharu COV1D-19.

Perkara ini pernah didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu wawancara dengan Bernama pada 30 Mei, antara lain menyebut kebolehjangkitan COV1D-19 semakin hari semakin berkurang dan jika ini berterusan, ia akan membantu mengakhiri sesuatu w4bak.

Petanda baik ini membolehkan kerajaan, semalam mengumumkan bahawa pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan dibenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh PKPB.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun majlis itu perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, selain memvtuskan untuk membenarkan jurufoto perkahwinan melakukan penggambaran pra perkahwinan di tempat terbuka, juga mengikut SOP ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

Selain itu, kerajaan juga kini membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali dan boleh merujuk SOP disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sabtu ini juga dinanti ramai, apabila satu mesyuarat khas dijadualkan berlangsung bagi membincangkan beberapa lagi SOP yang akan ditampilkan, antaranya berkaitan aktiviti jualan pasar malam, aktiviti keagamaan di rumah ibadat dan perkhidmatan kedai gunting rambut.

Tiada sal4hnya untuk rakyat berharap akan pelbagai lagi khabar gembira menanti mereka, kerana pematuhan rakyat terhadap SOP PKPB sememangnya semakin meningkat, jika dilihat kepada fakta bahawa tiada komp4un ziarah perayaan Aidilfitri dikenakan setakat ini, dan tiada kertas siasatan berita p4lsu dilaporkan mengenai COV1D-19 semalam.

Hasil undian, Ini senarai aktiviti diharap dpt dilonggarkan selepas 9 Jun

MAJORITI rakyat Malaysia berharap pergerakan rentas negeri akan dilonggarkan semula selepas 9 Jun ini.

Dapatan itu berdasarkan pungutan suara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa yang mendapati orang ramai mahu supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.

Ini kerana, daripada lapan pilihan peraturan yang diberikan, kebenaran rentas negeri paling banyak mendapat jumlah undian iaitu 64 peratus daripada lebih 222,500 responden.

Berdasarkan daripada pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram, orang lebih memilih supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.
Berdasarkan daripada pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram, orang lebih memilih supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.

Ini diikuti dengan aktiviti keagamaan yang mana sebanyak 57 peratus membuat pilihan supaya larangan melakukan aktiviti keagamaan dibenarkan semula.

Manakala aktiviti pendidikan juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang mana sebanyak 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa selepas 9 Jun kelak.

Setakat ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian hingga 31 Disember ini.

Manakala keputusan pembukaan semula sekolah masih sedang dalam tempoh perincian oleh pihak-pihak tertentu bagi melihat sama ada ia wajar dibuka semula dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Untuk pilihan jawapan perniagaan tanpa premis iaitu melibatkan penjaja, pasar minggu, pasar tani, pasar malam, sebanyak 34 peratus memilih supaya ia dibenarkan semula.

Perkhidmatan gunting rambut juga memperoleh 34 peratus jumlah undian dan ia merupakan pilihan kelima tertinggi dalam peraturan yang ingin dilonggarkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, aktiviti hiburan dan riadah seperti panggung wayang, karaoke, muzium, taman tema meraih sebanyak 12 peratus.

Ia diikuti dengan aktiviti seni kreatif iaitu melibatkan penggambaran, rakaman filem, drama dan dokumentari yang mana hanya mendapat 10 peratus undian yang berkemungkinan melibatkan pemain industri penggambaran.

Bagaimanapun, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP pada Selasa telah membuat keputusan untuk membenarkan pengambaran filem bermula 10 Jun 2020.

Ingin diingatkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti penggambaran filem untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Penjarakan sosial serta kebersihan diri harus diamalkan pada setiap masa.

Terakhir sekali yang paling mendapat jumlah undian sedikit dalam pungutan suara MKN itu ialah aktiviti perjvdian yang mana cuma sebanyak tiga peratus sahaja dikumpulkan

sumber:bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: m.b

Be the first to comment on "PKPB: Sinar penghujungnya sudah kelihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*