“Saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan…”

Zulin Aziz merupakan salah seorang selebriti terkenal yang sering menjadi perhatian menerusi Instagram dan ternyata perkongsian fotonya bersama pelakon Ikhlas Jalil baru-baru ini turut mencvri tumpuan peminat dan warganet.

Gara-gara perkongsian foto mereka berdua juga, ada yang meninggalkan pelbagai komen yang diantaranya mengharapkan mereka berjodoh selain ramai turut merasakan mereka sangat sesuai dan sepadan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat magic @ikhlasjalil .. tau2 sampai rumah mama kita 🤪

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Pun begitu, Ikhlas Jalil telah menjawab persoalan mengenai hubungannya bersama selebriti berkenaan dimana mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.

“Sejujurnya, tak ada sebarang hubungan istimewa pun… kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu.

“Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia, saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini… sehinggalah baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doa Ibu ni memang “ajaib”! Allah memang selalu kabulkan. Mak ! @zulinaziz dah ada depan mata ni. Kira jadi ke macamana ? #SalamAidilfitri 😆🙏

A post shared by اخلص جليل (@ikhlasjalil) on

Walau bagaimanapun, jika benar bercinta pelakon ini akan mengaku dan tidak menyorokkannya.

“Untuk memasuki fasa baharu perhubungan itu saya rasa masih jauh… kalau betul bercinta, saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?” ujarnya kepada mStar

Dalam pada itu pelakon drama Terbaik Dariku ini menjawab mengenai soal kahwin namun ujarnya dari dulu sudah mempunyai niat berkenaan namun belum ada calon yang sesuai.

Baru-baru ini, fotonya bersama membuatkan peminat juga mendoakan agar Ikhlas Jalil dan Zulin aziz berjodohan. Jom ikuti kisahnya disini:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*