“Biar Orang Anggap Cita-Cita Kita Gil4, Tapi J4ngan Kita Percaya”.. Yuna Kongsi Pengalaman Awal Dia Menyanyi..

Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna berkongsi cerita pada mula peringkat awal dia menyanyi dan kemudian mengadakan satu pertemuan dengan label antarabangsa di Malaysia.

“Saya hadir pada satu janji temu dengan syarikat rakaman terkenal di Malaysia pada tahun 2009 kerana mereka mahu mengambil saya sebagai penyanyi di bawah label mereka.

“Saya bertanya pada pegawai eksekutif muzik tersebut sama ada mereka akan membantu saya memasarkan lagu-lagu Inggeris saya,” kata Yuna diperkongsian pada IG Stories di Instagramnya.

Kata Yuna lagi, eksekutif tersebut memberitahu bahawa album yang bakal diterbitkan nanti akan ada sembilan lagu Melayu dan hanya satu lagu Inggeris.

“Tapi saya mahu menyanyikan lagu-lagu Inggeris saya dan memasarkannya di luar negara. Label anda adalah syarikat rakaman antarbangsa kan?” tanya Yuna kepada eksekutif tersebut.

Tambah Yuna pegawai lelaki tersebut memandangnya seolah-olah k3liru dan kemudiannya mula ketawa.

“Yuna, tiada siapa yang akan mendengar lagu Inggeris awak, buat sahaja lagu Melayu,” kata pegawai tersebut kepada Yuna.

Lantas Yuna memberitahu pegawai tersebut bahawa dia akan memikirkannya dan mengucapkan terima kasih.

“Cita-cita anda mungkin dianggap gil4 pada segelintir orang, tetapi tidak mengapa.

“Cuma jangan biarkan diri anda percaya dengan kata-kata mereka apabila mereka memberitahu yang anda tidak akan dapat melakukannya,” tulis Yuna lagi.

Pada IG Stories tersebut, Yuna turut berkongsi gambar-gambar bersama penyanyi ternama dunia seperti Pharrell Williams, Usher, gambar-gambarnya yang dipaparkan di Billboard di New York, serta temu ramah bersama pengacara Late Show yang terkenal, Conan O’Brien.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Biar Orang Anggap Cita-Cita Kita Gil4, Tapi J4ngan Kita Percaya”.. Yuna Kongsi Pengalaman Awal Dia Menyanyi.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*