Tak tahan dikecam netizen selepas tular video mempermainkan takbir raya. Pemuda ini tampil ceritakan perkara sebenar.

Seorang pengguna Twitter, Muhammad Faris Danial, 21, menyatakan dia tidak berniat untuk mempermainkan agama ketika melaungkan takbir raya ketika sambutan Aidilfitri Ahad lalu.

Rakaman video Faris bertakbir bersama ayahnya, Redzuan dan adik, Faris Aiman yang dimuat naik di platform miliknya mendapat perhatian warganet.

Ketika dihubungi Gempak, Faris akui perkongsian itu sekadar hiburan untuk pengikutnya terutama kawan-kawan yang mengenali rapat.

“Saya kongsi video itu memang hiburan semata-mata untuk kawan-kawan tengok sebab mereka kenal saya macam mana.

“Tapi bila kita kongsi sesuatu dalam sosial media, kita tak boleh jangka sejauh mana video tu boleh pergi walaupun niat kita memang hanya untuk suka-suka saja.

“Saya pasti tiada sesiapa pun yang berniat untuk mempermainkan agama sendiri apatah lagi bila bersama dengan keluarga,” katanya.

Tambah Faris, video tersebut mendapat respon positif yang rata-ratanya mengaitkan dengan situasi bersama ayah masing-masing.

Malah, ada segelintir yang tidak senang hati dengan kelakuannya namun Faris tidak menyimpan perasaan ataupun tersinggung dengan kata-kata yang dilemparkan itu.

“Pada awal video ini dimuat naik, ramai yang gelak dan beri respon atas sebab ketegasan ayah saya dengan hanya menjeling anaknya.

“Ramai yang kaitkan situasi ini apabila bersama dengan ayah mereka. Mereka kata itu kuasa seorang ayah.

“Sejujurnya saya tidaklah tersinggung dengan kata-kata negatif yang dilemparkan. Saya sebagai tuan badan sedar apa yang saya buat.

“Malah, video saya takbir tanpa ketawa dan silap pun ada juga saya rakam. Tapi sesetengah manusia tidak bertindak dari sudut yang positif, malah terus menghukum dan mempersoalkan tentang kekecewaan ayah saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Faris mendedahkan ayahnya seorang yang kelakar namun tegas dalam tuntutan ibadah.

“Dalam kehidupan sebenar ayah saya kelakar sangat orangnya cuma garang dalam soal ibadah, macam dalam video tu lah sewaktu tengah bertakbir. Ayah sangat teliti dalam isu macam ni,” katanya menutup perbualan.

Perkongsian video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan 15,000 kicauan (retweet).

here’s the 2nd part yang aku paling tak tahan nak gelak sebab salah baca HAHAHA if korang tahu ni dekat part mana korang faham la kot, sampai adik aku pun dah tergaru kepala tengok aku bertakbir haih 🤦🏻‍♂️ pic.twitter.com/RVpOKRAJn3

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tak tahan dikecam netizen selepas tular video mempermainkan takbir raya. Pemuda ini tampil ceritakan perkara sebenar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*