Frontliners mula putus asa, kesal dengan sikap rakyat.. Apa sudah jadi dengan Indonesia? Indonesia Terserah?

Sudah lebih lima bulan negara kita dan seluruh dunia berper4ng dengan virus COVID-19 yang sehingga kini angka jangkitan kes adalah sebanyak lebih 5 juta manakala angka kematian adalah 350 ribu kes.

Ini adalah jumlah yang sangat tinggi dan membimbangkan seluruh dunia.

Dalam dunia sedang giat memer4ngi penularan wabak pandemik COVID-19, barisan petugas hadapan Indonesia dilihat seperti sudah berputus asa.

Seperti yang kita tahu barisan hadapan inilah yang menjadi tunjang utama dalam memastikan rakyat berada dalam selamat.

Walau bagaimanapun, rakyat dan masyarakat sendiri harus memain peranan masing untuk terus berdisiplin dan ikut saranan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan yang berkuasa.

Kata kunci “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosiaI akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat di sana yang gagal mematuhi penjarakkan sosiaI yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.

Selain kata kunci itu, tanda pagar #IndonesiaTerserah juga trending di media sosiaI dengan netizen Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan meme sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan pematuhan Pembatasan SosiaI Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac.

Tanda pagar itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei yang lalu dan disokong oleh pengguna media sosiaI yang lain di Indonesia.

Sindiran tersebut juga diberikan kepada pihak berkuasa Indonesia yang dilihat tidak memaksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga pernah menyatakan bahawa kunci keberhasilan pengendalian penyebaran COVID-19 adalah disiplin diri.

Namun, pada masa sama, dipercayai terdapat juga gambar yang disunting dan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB antaranya ialah gambar ambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto Indonesia mencatat 1391 kematian dan kes positif meningkat kepada 22,750 kes pada Isnin.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat COVID-19.

Negara Indonesia kini mempunyai kes jangkitan seramai melebihi 23 ribu dengan jumlah kematian 1418 kes.

Kita harap rakyat Malaysia dapat ambil pengajaran dan iktibar atas apa yang berlaku.

Kakitangan barisan hadapan kita juga telah lama bertungkus lumus berjuang tanpa dapat berehat dan berjumpa ahli keluarga.

Sama-sama kita bantu negara dan juga mereka yang terlibat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: M.B

Be the first to comment on "Frontliners mula putus asa, kesal dengan sikap rakyat.. Apa sudah jadi dengan Indonesia? Indonesia Terserah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*