“Banyak Dosa Ni, Sampai Kaki Pun Dia Cium…”- Aril Pilus Bermaaf-Maafan Di Raya Ketiga

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus akui dia dan isteri sekeluarga baru sahaja sempat bermaaf-maafan di Raya ketiga.
 
Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, ia tidak menjadi masalah kerana Syawal bukan hanya sehari malah sebulan.
 
“Raya ketiga baru minta maaf. Banyak dosa ni (isterinya) sampai kaki pon dia cium.  

“Tak mengapa lah lambat pun, janji minta maaf dan dimaafkan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua #RayaKanSebulan,” tulisnya.
 
Pengacara CCTV itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Apa yang melucukan, Aril memuat naik video isterinya yang meminta maaf sambil mencium kakinya.
 
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.
 
Aril mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Banyak Dosa Ni, Sampai Kaki Pun Dia Cium…”- Aril Pilus Bermaaf-Maafan Di Raya Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*