Lelaki ‘Syaitan’ Pukul, Rogol Ibu Sendiri Sampai Patah Pinggang ..

Gara-gara di bawah pengaruh dadah, seorang lelaki tergamak merogol ibu kandungnya. 

Kejadian yang berlaku di barat Australia November tahun lalu menyaksikan seorang lelaki menerima hukuman penjara 17 tahun selepas merogol ibunya sebanyak tiga kali hingga mengakibatkan pinggang mangsa patah.

 

Kredit Foto : Perthnow.com.au

Seperti dipetik dari laporan mStar, mahkamah telah mendengar perbicaraan tersebut yang mendapati seorang lelaki telah merogol ibunya tiga kali ketika di bawah pengaruh dadah jenis methamphetmine.

 

 

Kredit Foto : Daily Star

Hakim menyifatkan jenayah itu sebagai antara yang terkutuk dan antara yang paling teruk pernah didengarinya sepanjang penghakiman.

“Orang-orang yang berada di bawah pengaruh dadah cenderung melakukan kesalahan jenayah dengan serius termasuk tindakan kejahatan yang saya kendalikan ini. Sudah tentu bukan metilamfetamin yang merogol ibumu, ia adalah kamu.”

 

Dadah jenis methamphemine – Kredit Foto :Getty Image

Dalam kejadian pada November tahun lalu, tertuduh memukul ibunya di pinggang menggunakan batang paip PVC. Ia mengakibatkan wanita berusia 56 tahun itu terjatuh dan diseret dengan menarik rambut ibunya ke bilik tidur sebelum melakukan kejadian terkutuk itu sebanyak tiga kali. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Cari

Be the first to comment on "Lelaki ‘Syaitan’ Pukul, Rogol Ibu Sendiri Sampai Patah Pinggang .."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*