Corona Merobek Paru-Paru’ – Peluang Hidup 50-50, Bekas Pesakit Kongsi Derita Positif Tahap 5

Seorang wanita kongsi pengalamannya disahkan positif Covid-19 tahap 5 dimana dia terpaksa melalui saat-saat getir berhadapan dengan maut. Pada awalnya, doktor mengesahkan dia mempunyai peluang hidup 50-50 kerana virus tersebut sudah memasuki ruangan paru-paru sejak awal tanpa dikesan. Namun siapa sangka berkat doa dan semangat yang dibawa, wanita ini berjaya sembuh dari virus ini.

Berpeluh-peluk, sesak nafas, lembik..

Untuk dikenang satu hari nanti
DIARY BEKAS PESAKIT COVID-19

Ramai yang bertanya BILA DI MANA dan BAGAIMANA kami dijangkiti virus si corona yang ditakuti oleh semua orang di dunia hari ini. Saya tiada jawapan untuk semua soalan itu. Semuanya bermula pd 10/3, saya mengadu kepada kakak (anak perempuan saya) tekak saya tidak selesa. Apa jua yang saya makan tidak dapat merasa, tak boleh menilai makanan, takda rasa. Saya tak dapat merasa manis masin @ tawar. Semua makanan rasa hambar. 18/3 saya demam di sebelah malam (saya anggap ini biasa bagi pesakit SLE selalu demam sebelah malam) dan saya mengalami kesukaran bernafas and sakit tekak. Pada 19/3 pagi saya masih demam dan anak bergegas menghantar saya ke hospital.

Saya ke hospital dengan ditemani Hakim (anak saya) dan kakak. Suami saya tidak dapat hantar kerana dia juga tidak berapa sihat. Selepas tiba di hospital saya diperiksa dengan terperinci di bahagian saringan dan mengesyaki mengalami demam denggi tetapi keadaan pernafasan saya tidak stabil dan terus dihantar ke red zone bahagian decon unit kecemasan & trauma pada jam 12 tenghari kerana suspek covid-19. Badan saya berpeluh-peluh luar biasa dan sesak nafas, saya muntah-muntah sehingga lembek di situ lalu saya di beri bantuan oxygen yang semakin berkurangan di dalam bdn. Saya tidak tahu apa yang berlaku.

Kemudian sa ya hanya mendengar Dr berkata puan rehat ya… kami nk intubate puan & tidurkan puan. Dan selepas mendengar kata-kata itu saya sudah tidak sedar. Menurut kakak selepas maghrib saya telah fully intubated dan anak-anak saya balik ke rumah hanya selepas saya ditolak dari red zone ke bilik isolasi ICU jam 2 pagi pada 20/3. Menurut kakak, keadaan sy kritikal. 21/3, Dr off sedation kerana badan saya memberi respons ketika disuction membuang kahak, rupa2nya si corona cuba merobek paru-paru saya dan mungkin dia telah menumpang lebih awal di tubuh badan saya tanpa saya ketahui. Keadaan ketika itu 50:50.
Dan pada hari ini juga saya disahkan positive covid-19 (stage 5). Virus yang amat ditakuti orang diseluruh dunia itu ada didalam tubuh saya. Maka saya menjd patient pertama positive covid-19 di icu HEBHK ini.

Suami dan kakak positif

Kakak hampir pengsan ketika mendapat panggilan mengenai berita ini dan semua ahli keluarga menjadi sangat sedih ketika itu apabila saya disahkan positive, pihak hospital telah menelefon kakak supaya semua ahli keluarga di rumah hadir untuk ujian saringan. Maka kesemuanya (kakak bersama suami & ank mereka berusia 3 tahun,suami saya ,anak lelaki saya & seorang anak saudara perempuan yang kebetulan sedang bercuti di Kluang) hadir ke hospital pada 9 malam dan saringan berakhir jam 4 pg (22/3). Pada 23/3 jam 3pm, kakak mendapat panggilan telefon dari pejabat kesihatan kluang supaya bersiap sedia utk dijemput oleh ambulance ke hospital kerana keputusan dia positive. Pada malam pula keputusan suami saya juga positive dan sekali lg ambulance datang menjemputnya.

Keputusan bagi yang lain-lain adalah negative dan mereka hanya perlu kuarantin di rumah. Alhamdulillah. Pada malam itu juga unit kebersihan pejabat kesihatan kluang datang mensteril n disinfeksi seluruh kawasan luar dan setiap ruang didalam rumah. Akhirnya kakak & suami saya ditempatkan di wad yang sama wad 8A hospital Kluang. Maka bermulalah episod mereka sebagai pesakit covid-19. Pada mulanya mereka akan dihantar ke pusat covid-19 permai JB tetapi memandangkan hosp kluang telah dijadikan pusat covid-19 dan saya pula berada di bilik isolasi ICU maka kami ditempatkan bersama di HEBHK. Keadaan saya stabil (info dr kwn2 kakak) keajaiban berlaku dan dgn ketentuan Nya.. kun fa ya kun…saya tersedar lebih awal dari waktu yang ditetapkan oleh Dr.

Pada 24/3 saya tersedak dan badan saya memberi respons untuk sedar dan bernafas sendiri, tiub didalam mulut dan badan saya dikeluarkan dan segala wayar yang melengkar di tanggalkan. Disebelah petangnya saya fully extubated, Dr memasang venturi mask untuk membantu saya bernafas. Ini bermakna saya hanya koma selama 6 hari sahaja. Allah SWT telah memberi pinjam kekuatan kepada saya. Syukur kehadratNya, sesungguhnya Engkau lah tuhan bagi segala dzat. Walaupun saya dah fully extubated saya masih lagi di ICU, terlantar letih dan separuh sedar tetapi waktu ini saya telah dapat mendengar alunan bacaan alquran yang dipasang di dalam wad ICU dan suara-suara jururawat & Dr yang memberi semangat. Dr juga telah meleraikan segala ikatan di tangan n kaki saya. Menurut kwn kakak, ketika jururawat memberitahu kakak dan suami juga dlm wad. Didalam keadaan separuh sedar saya menangis. Pada 27/3 Dr telah menggantikan bantuan oksigen saya kepada nasal prong, walaupun masih lagi separuh sedar saya telah dapat membuka mata. 9 hari di wad ICU. Akhirnya pada tengahari hari ke10, 28/3 saya ditolak ke wad biasa wad 6A.

Trauma dengan apa terjadi

Apabila kakak mendapat berita saya berada di wad 6A. Pada petang hari yang sama dia mohon dipindahkan dr wad 8A ke 6A untuk membantu menjaga saya. Keadaan dia sangat baik, symptoms covid kakak hanyalah batuk yg ringan & dry mouth (class 2). Jadi dia dpt meringankan masalah sy kerana ketika itu tiub urin msh terpasang dan sy msh lg memakai diaper keadaan sy masih lagi separuh sedar & mamai sehingga sy cuba menarik segala tiub yg msh ada di badan ketika itu. Fikiran sy juga terganggu seolah2 msh trauma dgn apa yg tlh terjadi. Menurut kakak saya perkara2 pelik dan pertuturan saya sukar utk difahami. Aturan Allah sgt menakjubkan. Apabila tiba di wad biasa Dia permudahkan urusan sy. Kakak banyak membantu menguruskan diri saya dari separuh sedar sehingga saya benar-benar sedar. Walaupun keadaan msh lemah dengan bantuan oxygen melalui nasal prong, sy mula bersolat duduk di atas katil . Progress diri sy sgt cpt.. sy yakin Allah bersama sy.

Pada 31/3, kakak membuat saringan @ swab test yang ke2. Saya tidak mahu manjakan diri saya lagi dgn bantuan dia. Saya belajar berjalan dengan bantuan kakak sehinggalah saya bole berjalan sendiri perlahan2 tanpa bantuan. Saya membuat latihan suara kerana pertuturan saya masih tersangkut2 dan tak lancar dan mencungap2 ketika berckp. Muka dan badan sy juga msh bengkak. 1/4 Astaghfirullah alazim aladzi laaillaaha illa huwalhayul qayummu wa atubuu ilaih( aku mohon keampunan kpd Allah yg maha agung, tiada tuhan selain Dia yang maha hidup dan memelihara kehidupan dan aku bertaubat kpd Nya). Hari ini tiub oxygen (nasal prong) saya pula ditanggalkan.. Alhamdulillah saya dapat bernafas bebas sendiri. Saya dan suami berhubung melalui video call setiap hari, saling memberi kabar masing2..suami sy semakin sihat, batuknya telah berkurangan (class 3). Hari ini saya mula mendapat simptom ke 3 iaitu batuk n selsema.

3/4 Alhamdulillah.. kami mendpt khabar gembira keputusan swab kakak negatif,dia telah bebas dr si corona.. keberkatan hari jumaat.. walaupun berita gembira sy berasa sgt sayu kerana kakak tidak bole tinggal bersama sy lg disini. Terima kasih kakak jaga ibu sepanjang bersama di wad. Semoga urusan kakak n keluarga terus dipermudahkan Allah swt. Ibu sayang kakak lillahitaala..Luka2 didalam mulut masih lg pedih & kebas. 6/4 hari ke 19 saya di hospital. Tiada aktiviti lain sepanjang di wad selain menambah masa ‘Me time’ bersama Allah swt. 7/4 Laillhailaanta subhanaka inni kuntu minazzalimin (tiada tuhan melainkan engkau(ya Allah)!Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari pada org2 yg menganiya diri sendiri)
Kalimah yg sering bermain dibibir x kira waktu. Saya dan suami masih lagi di wad masing-masing. Suami saya masih menunggu keputusan swab yang telah dibuat beberapa hari yang lepas. Saya? Alhamdulillah kekuatan bdn sy meningkat 80%..suara sy msh sama..masih belum kuat seperti biasa.

Akhirnya bebas corona

Pada pagi ini juga Dr mengambil sample(swab) yg ke2.. harapan menggunong agar ujian ini negative. Pada malamnya suami say adipindahkn dr wad 8A ke 8B. Keputusan saringan ke2 dia masih positive. Pada hari ini juga diet saya berubah dari bubur kepada nasi.. Alhamdulillah syukur atas nikmatnya. 9/4 Aauzubikalimatillahi tammatti min syarimahalak.(aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan makhluknya). Routine hari ini tiada perubahan..solat dhuha taubat dan aktiviti membaca alquran sbg latihan mendpt suara. Berkat hari nisfu syaaban, Dr datang dengan membawa berita gembira. Keputusan swab sy adalah negative.. subahanallah Allahuakbar.. Alhamdulillah saya dapat pulang ke rumah hari ini dan menyambung kuarantin dirumah. Saya dah bebas dr si corona. Alhamdulillah syukur syukur syukur yg amat sgt. Pada 14/4 suami sy disahkan negative covid-19.. dgn SOP br suami sy tidak dibenarkan balik dan terpaksa meneruskan kuarantin nya di hospital.. Alhamdulillah..Terima ksh ya robb. Akhirnya suami saya dibenarkan pulang pd 29/4 setelah 38 hari berada di wad dan menyambung kuarantin 14 hari lagi di rumah.

Syukur pada mu ya Allah akhirnya kami berkumpul semula?dan in sha Allah dpt bersama2 menyambut hari raya. Saya amat redho dgn ujian ini dan terima ksh kpd Allah.. Engkau yg menyedarkan aku yg sering alpa sebagai hambaMu. Semoga sy dan keluarga terus di dlm peliharaan, lindungan n ksh syg Allah swt. Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua staff ICU dan staff wad 6A,8A n 8B HEBHK yg sgt cemerlang & berdedikasi dalam merawat serta menjaga pesakit. Tidak lupa juga kpd semua frontliners di hosp kluang & di mana jua mereka berada. Semoga mereka terus diberi kesabaran yg tinggi,dimewahkan rezeki dan dilindungi Allah swt setiap waktu. Sy juga mendoakan semua pesakit covid-19 dan semua rakyat Malaysia bebas dari virus corona. Kini yg berlegar diminda bagaimana penerimaan rakan taulan, saudaramara dan org sekeliling terhadap kami yg pernah menjd pesakit covid-19 walaupun telah bebas dari virus corona, virus yg digeruni dan telah menggegarkn dunia dgn kematian yg ramai.. wallahualam. Terima kasih kerana sudi membaca catatan yg agak pjg ini hingga ke noktah terakhir.

Sumber :Hanizah Abdul Karim

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Corona Merobek Paru-Paru’ – Peluang Hidup 50-50, Bekas Pesakit Kongsi Derita Positif Tahap 5"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*