“Suami Isteri Dan Anak P0sitif C0vid-19,” Masing2 Terpisah Dengan Tingkap H0spital

Dua hari lalu, tular di media sosial mengenai sebuah keluarga yang sedang menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif wabak Covid-19.

Terbaru, sebuah keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki turut mengalami situasi sama apabila disahkan positif wabak tersebut di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.

Menurut Deli Lah, dia tidak pasti sekiranya mempunyai hubungan jarak dekat dengan individu kes positif sehingga isteri dan anaknya yang berusia tiga bulan mendapat jangkitan sama.

“Jangan tanya contact dari mana sebab saya pun tak pasti. Saya dengan pekerja pun tiada contact sebab saya kuarantin diri sendiri sudah lebih 15 hari,” katanya.

Menerusi posting lain, beliau turut berpesan kepada orang ramai supaya duduk di rumah dan manfaatkan masa sebaiknya untuk beribadah kepada Allah SWT.

“Taatlah kepada pemimpin. Wajib kita patuhi. Duduk rumah bersama keluarga. Hak bujang pon sama duduk rumah jah. Keluar rumah jika penting sangat kalau tak boleh bawa mudarat kepada diri sendiri dan keluarga.
“Yang mana tidak pernah solat bersama keluarga Allah bagi peluang ni guna sebaiknya. Dakwah sudah tidak bergerak. Masjid2 telah sunyi. Gunakan masa ini utk kita bertawakal,” ujarnya.

Ibu juga disahkan positif Covid-19

Berat ujian buat keluarga ni. Semoga semuanya diberi kekuatan dan cepat sembuh daripada wabak bahaya tersebut. Amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : Deli Lah via KL MEDIA

Be the first to comment on "“Suami Isteri Dan Anak P0sitif C0vid-19,” Masing2 Terpisah Dengan Tingkap H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*