Buang ikan ‘tak laku’ sesuka hati

 

SEGELINTIR peniaga ikan di Pasar Besar Dungun didakwa sengaja membuang hasil laut mereka sesuka hati termasuk ke dalam longkang selepas dipercayai tidak terjual.

Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira 10 plastik beg berisi ikan lama dan rosak di dalam longkang berdekatan kawasan jualan ikan.

Pengunjung, Musa Rahman, 56, berkata dia sangat kesal dengan perbuatan peniaga terbabit kerana tidak peka dengan keadaan semasa.

Menurutnya, peniaga sepatutnya menjual ikan itu pada harga lebih murah daripada membiarkannya rosak.

“Daripada kita buang, lebih baik ikan-ikan itu dijual dengan murah termasuk disedekahkan kepada orang miskin.

“Kalau sudah rosak sekalipun, janganlah buang di dalam longkang, sepatutnya ia dibuang ke dalam sungai kerana sekurang-kurangnya boleh menjadi makanan kepada ikan lain,” katanya.

Pekerja pembersihan di pasar itu yang mahu dikenali sebagai Sham, 26, berkata perbuatan membuang ikan sesuka hati termasuk ke dalam longkang di pasar berkenaan sering berlaku.

“Setiap petang, saya bersama beberapa rakan perlu melakukan kerja pembersihan di pasar ini.

“Kita tak berani nak tegur dan malas nak bergaduh, lebih baik buat kerja sendiri sahaja,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "Buang ikan ‘tak laku’ sesuka hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*