“Punyalah Nerv0us Fikir Fasal Kahwin, Sampai Terlupa Nak Tempah Kad!” – Mamat Sepah Nikah 1 Mac 2020

Pelawak Mamat Sepah b4kal menamatkan zaman bujang dengan tunang tersayang yang juga anggota polis pada 1 Mac ini.

Mamat ketika dihubungi Gempak berkata, setakat ini persiapan hampir selesai sepenuhnya, cuma kad kahwin sahaja yang baru ditempah semalam.

Semuanya gara-gara terlalu gementar memikirkan tentang al4m baru yang b4kal ditempuhi tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Cuma dalam banyak-banyak benda saya terlupa nak buat kad kahwin.

“Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab terlalu memikirkan tentangnya (kahwin) dan dalam masa sama agak sibuk dengan kerja sampai terlupa jadinya.

“Semalam baru saya dan tunang pergi tempah kad kahwin kami,” katanya.

Tambah Mamat, dia akan membuat jemputan rasmi dan mengedarkan kad bermula minggu hadapan.

“Kalau tak ada aral melintang, minggu depan kad semua siap saya akan buat jemputan dan edar kad sekali.

“Doakan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Majlis akad nikah Mamat dan tunangnya akan berlangsung di rumah keluarga Mamat di Kulai, Johor.

“Saya akan mengadakan majlis akad nikah serentak dengan hari persandingan kami nanti. Majlis diadakan di rumah kerana saya mahu penuhi hasrat ibu.

“Ibu saya kata tak payah buat di hotel, buat di rumah boleh jemput saudara mara dan orang-orang kampung…Katanya, itulah masa untuk beramah mesra dengan semua orang yang datang dari dekat atau jauh,” katanya.

Mamat dan anggota polis IPD Shah Alam berasal dari Sabah itu mengikat tali pertunangan setahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Punyalah Nerv0us Fikir Fasal Kahwin, Sampai Terlupa Nak Tempah Kad!” – Mamat Sepah Nikah 1 Mac 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*