Zeina jaguh tinju Berlin

TIDAK ramai daripada peninju wanita yang memilih kerjaya dalam sukan tinju profesional.

Tambahan pula bagi wanita Islam yang memakai hijab. Lain pula bagi peninju profesional Jerman, Zeina Nassar, 22.

Dia mencipta sejarah sebagai pemegang rekod Peninju Berlin dan pada 2018 dia memenangi Kejohanan Elite Wanita Jerman bagi kategori berat 57 kg ke atas.

Zeina nyata berjaya mengubah persepsi terhadap sukan tinju yang memerlukan seorang peninju itu mempunyai daya ketahanan tinggi, las4k dan tangk4s menahan asakan ketika bert4rung.

Zeina yang lahir dan dibesarkan di Berlin adalah anak kepada ibu bapa berasal dari Lubnan.

Wanita gigih ini yang mula berjinak dalam sukan tinju sejak berusia 13 tahun yang mahu perubahan pada diri selepas aktif dalam sukan bola kerajaan di sekolahnya.

Memiliki rupa paras menawan menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia selain dilantik sebagai atlet Nike pada 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "Zeina jaguh tinju Berlin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*