“Ini Yang Kita Nak Tengok…No Drama, Tak F4ke!” – Warga Net Puji Youtube Channel Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Warga net memuji gelagat pasangan suami isteri pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bersahaja dalam setiap rakaman di saluran Youtube, SamTilla TV.

Saluran Youtube yang sudah memiliki 163 ribu subscribers itu pernah memuat naik video yang mencecah 1 juta tontonan.

Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata pelayar YouTube yang menonton memuji gelagat suami isteri tersebut.

Menurut mereka, Sam dan Syatilla kelihatan bersahaja dan tidak berpura-pura atau seperti sedang ‘berdrama’.

Pelayar YouTube Mohamad Amirul Ariff Bin Mohd Sukery berkata keharmonian yang ditonjolkan Sam dan Syatilla menerusi SamTilla TV adalah seperti diinginkan semua.

“This is what we want to see. No drama , no over acting its just such a beautiful happy family that we all wanted to be (Ini yang kita nak tengok. Tiada drama, tak over acting inilah contoh keluarga bahagia yang kita semua nak),” tulisnya pada ruangan komen video ‘Malu Apa Lakikurrr??? Bukan Besa Besa Wei!!’ (Malu apa suami ku? Bukan biasa-biasa wei!!).

Video yang dimuatnaik pada 29 Disember tahun lalu itu telah ditonton lebih satu juta kali dengan 3,100 komen.

Menariknya setiap video yang dimuatnaik di SamTilla TV, selain memaparkan mengenai aktiviti harian mereka, gelagat spontan Sam dan Syatilla menyakat di antara satu dengan lain juga sering membuat penonton terhibur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Ini Yang Kita Nak Tengok…No Drama, Tak F4ke!” – Warga Net Puji Youtube Channel Shaheizy Sam & Syatilla Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*