“Saya Nak Tunjuk Gambar Pakai Topeng Muka , Takkanlah Saya Tak Tahu Tu Berita P4lsu…” – Zed Zaidi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberitahu membuat posting mengenai ‘berita’ berkaitan wabak Kor0nav1rus  hanya untuk menunjukkan fotonya memakai topeng muka.

Zed berkata, berita tersebut memaparkan orang ramai mengenakan topeng muka dan dia juga melakukan perkara sama untuk menujukkan kesamaan.

“Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu,” katanya.

Tambah Zed, dia sudah sedia maklum berita yang dimuat naik sejak semalam berkaitan wabak kor0nav1rus 2019 (2019-nCoV) di akaun media sosial miliknya adalah p4lsu.

Katanya lagi, dia juga tahu mengenai fungsi aplikasi menghasilkan berita menggunakan laman breakyourownnews.com tersebut.

“Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zed aatau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil diminta mengulas susulan k3cam netizen terhadapnya berhubung penyebaran berita p4lsu berkaitan di media sosial sejak semalam.

Berita p4lsu itu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia (Berita tergempar: Semua negara kecuali Malaysia – semua negara menghar4mkan pelancong China kecuali Malaysia).

Pelakon itu menerima k3caman bertalu-talu selepas memuat naik hantaran itu di akaun Facebook dan Twitternya sejak semalam.

 Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Nak Tunjuk Gambar Pakai Topeng Muka , Takkanlah Saya Tak Tahu Tu Berita P4lsu…” – Zed Zaidi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*