Watak Camelia Didedahkan, Papar ‘Plot Twist’ Drama Sebenar

Drama Camelia yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini sudah pun memasuki episod keenam. Sejak beberapa episod yang lalu, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Camelia.

Sebelum ini watak Mariam, Marina, Malik dan lain-lain sahaja didedahkan. Biarpun baru beberapa episod, jalan cerita drama Camelia cukup mendebarkan dan ‘menyak1tkan hati’ dengan perangai Marina yang sangat pentingkan diri.

Namun dalam episod kali ini, akhirnya siapa sebenarnya watak Camelia didedahkan. Rupa-rupanya Mariam yang sebelum ini seorang yang lemah lembut akhirnya memiliki penyakit ‘split personality’.

Mariam kadang-kadang menjadi ‘Camelia’ watak ciptaan imaginasinya. Watak Camelia adalah 360 darjah berbeza dari karakter sebenar Mariam. Mariam akhirnya menjadi model secara senyap-senyap hasil hasutan dari Camelia.

Berikut adalah sedutan episod kali ini yang dikongsikan oleh Diana Danielle:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wuish Mariam dah mula cakap dgn Camelia lah…. malam ni sambung k pukul 10 malam ni @dramasangat #dramasangat

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Marina pula akhirnya mengandung anak teman lelakinya yang juga pembantu butiknya. Secara diam-diam, hubungan sul1tnya masih belum terk4ntoi.

Malik abang angkat kepada Mariam dan Marina kembali sihat dan berpindah ke rumah rakannya.

Buat yang terlepas menonton episod keenam ini, boleh saksikan dalam rakaman di bawah:

Biarpun baru dimuatnaik di Youtube semalam, episod kali ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan.

Rata-rata netizen meluahkan reaksi mereka mengenai kemunculan watak Camelia ini di ruangan komen seperti berikut:

“Comel plus lawak pulak tgk watak Camelia dlm mirror. Yam yam yam”

“Fuh cerita ni memang power”

“Terhibur pulak dengan watak Camelia ni, mmg ini la yang ditunggu2..”

“Fuh makin kejam. Camelia sudah muncul…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Watak Camelia Didedahkan, Papar ‘Plot Twist’ Drama Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*