Vide0 Lelaki Baca Ayat Suci Dengan Merdu Ini Jadi Perhatian Ramai

Sejak beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan lelaki baca ayat suci yang sungguh merdu. Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu telah meraih lebih 258 ribu tontonan.

Sebagai umat Islam, apabila mendengarkan alunan bacaan surah yang merdu pasti dapat menyentuh jiwa. Lebih-lebih lagi jika bacaannya cukup indah dengan suara yang mendayu-dayu memang boleh ‘mengusik hati’ sesiapa sahaja yang mendengarkannya.

Gelagat lelaki ini ketika diminta cuba pembesar suara

Sama seperti dalam perkongsian oleh seorang individu di media sosial beberapa hari lalu ini. Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Twitter, Rifdi_syabill itu, dia menulis kapsyen seperti berikut:

“IT manager suruh test mike (mic) kat Masjid then this happened…”

Berikut adalah video yang menjadi perhatian ramai itu:

Merdu sungguh bacaan anak muda ini. Perkongsian itu turut meraih hampir 15 ribu retweets dan 22,100 likes.

Atas permintaan ramai, individu ini berkongsikan rakaman penuh ketika kejadian tersebut.

Cukup indah alunan dari individu ini. Rata-rata netizen turut bersetuju dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video lelaki baca ayat suci ini di ruangan komen seperti berikut:

“Menangis aku dengar AlFatihah dia..tenang je…”

“You made my day! Teringat rindu Mekah dan Madinah. Tq!”

“Nak nangis wei dengar ahahhaa”

“Subahanallah, sejuk hati”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: KLPRESS

Be the first to comment on "Vide0 Lelaki Baca Ayat Suci Dengan Merdu Ini Jadi Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*