Janna Nick Ke Tanah Suci Makkah Tunai Umrah, Ini Kiriman Doa Kekasih Hatinya…

Pelakon Janna Nick selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah semalam.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 25, memaklumkan bahawa dia pergi menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

“Dikesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya.

“Halalkan segala makan minum dan hutang piutang sekiranya ada (termasuk la hutang bank, kad kredit, pinjaman ASB dan sebagainya).

“Doakan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan,” tulisnya.

Janna berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, difahamkan teman lelakinya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann turut menemani Janna ke lapangan terbang semalam.

Menerusi satu entri di Instagram, Dini turut mendoakan agar perjalanan Janna ke Makkah semuanya selamat dan dipermudahkan.

“Safe flight @jannanick. Jangan lupa doa kita dua pula sampai sana ok?,” tulis Dini yang turut memuat naik gambar dirinya bersama Janna.
 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Safe flight @jannanick 🥺 Jangan lupa doa kita dua pulak sampai sana ok?

A post shared by Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) on

Status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Rata-rata tidak sabar untuk melihat kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Janganlah couple lama sangat, cepat-capat nikah ya, semoga urusan Dini dan Janna dipermudahkan,” tulis pengikutnya.

Sebelum ini Janna pernah mengaku bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon berdarah kacukan itu.

Hubungan mereka dikatakan mula serius sejak Jun tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Janna Nick Ke Tanah Suci Makkah Tunai Umrah, Ini Kiriman Doa Kekasih Hatinya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*