Bob Lokman masuk hospital

PELAWAK dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah bu4h pingg4ng.

Menerusi tulisan Dr Riduan Mohamad Nor yang dikongsi akaun Facebook Besut Berkat Sejahtera, Bob sedang dalam aktiviti jelajah (roadshow) kuliah di Terengganu sebelum dirujuk ke hospital.

“Jas4dnya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UiTM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.

“Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.

“Kali ini sakitnya agak serius, kakinya memb3ngkak kehit4man, kesan daripada masalah bu4h pingg4ng. Setiap kali melawat, dia meng3rang dengan gur4tan wajah berkerut kes4kitan. P4ru-p4ru dan j4ntung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah bu4h pingg4ng,” tulisnya.

Menurutnya lagi, berita berkenaan keuzuran Bob tersebar di media sosial dan sehingga kini ramai rakan datang melawat.

“Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob,” katanya.

Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah j4ntung.

Menurut Dr Riduan lagi, Bob mengalami masalah kewangan dan memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak yang prihatin.

“Semenjak Bob jatuh s4kit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.

“Isteri Bob tidak bekerja, tanggungannya ramai dan saya terkenangkan Bob yang turut dikerah ke mana saja untuk berceramah jika jas4dnya sihat. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban keluarga kerana sewaktu jas4dnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meningg4l dvnia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "Bob Lokman masuk hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*