Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda – “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa k3sal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan.

Puteri Balqis atau Aqish, 13, menerusi Instagram menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka aktres berkenaan, malah wanita itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos perub4tan sepanjang dia terlantar s4kit. 

Katanya, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri. 

“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda… Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri, laman media bukan untuk itu. 

Puteri Balqis luah perasan di Instagram pada Rabu.

“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk selamatkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?” 

“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya. 

Pada Selasa, Nabila Huda menerusi laman Twitter mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa Puteri Balqis yang mampu untuk bekerja menanggung kehidupan remaja itu. 

Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja tapi Puteri yang paaksa untuk mengikutnya.

PUTERI BALQIS

PELAKON

Dalam pada itu Puteri Balqis berkata, biarpun diuji dengan kesusahan namun ibunya tidak pernah berhenti bekerja. 

Malah, dia tidak lupa bersedekah dan membayar semua duit bantuan yang dihulurkan kepada mereka. 

“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Daripada dulu pun selalu buat macam-macam… di set penggambaran pun masih jual asam jeruk. 

“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie. Ujian Puteri diberikan kesusahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.

“Mungkin ada eloknya kami tidak aktif di laman sosial supaya kami jauh daripada memfitnah manusia,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih d4dah seperti yang dilemparkan seorang individu dipercayai ahli keluarga mereka sendiri.

Katanya, ibunya kurus berikutan tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan berikutan berdepan pelbagai masalah hidup. 

“Puteri tahu apa itu d4dah. Kadang-kadang waktu kami berjalan pada awal pagi, kami sering ditahan p0lis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil d4dah. 

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depressi0n. Sewaktu Puteri s4kit ibu tidak tidur kerana takut Puteri s4kit ketika tidur,” ujarnya. 

Sementara itu Puteri berkata, dia juga tidak mahu berada dalam industri seni dan berasa lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda – “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*