Tuhan tak mahu kami lupa diri – Puteri Balqis

 

KUALA LUMPUR: Pernah diuji dengan peny4kit berkaitan jantung, dua tahun lalu, kehidupan Puteri Balqis, 13, terus dilanda dugaan hingga pernah ikat perut selama beberapa hari.

Begitupun, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu tetap bersyukur diberi peluang untuk kembali mengingati Yang Maha Kuasa.

“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah, dalam dua tiga hari tetapi tidaklah sampai seminggu. Kami ikat perut,” katanya.

Pelakon cilik itu meluahkan perasaan berkaitan keadaannya sekarang menerusi sedutan promosi program Bersamamu terbitan TV3.

Pengakuan di video berdurasi hampir dua minit terbabit mengundang s3bak ramai, malah masing-masing tidak menyangka bintang yang disanjung masyarakat itu hidup sukar.

Menerusi paparan sedutan rancangan kemasyarakatan itu, turut ditonjolkan saat dia menerima tepukan gemuruh membawa pulang trofi pada sebuah majlis anugerah.

Pada minit seterusnya pula dipaparkan Puteri Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz, untuk mendapatkan raw4tan di klinik.

Paling menggamit em0si apabila pada minit terakhir, pelakon yang mula menceburi dunia penyiaran menerusi iklan komersial duduk di sebuah bangku batu sambil disuap ibu.

Terdahulu, kira-kira dua tahun lalu Puteri Balqis disahkan mempunyai masalah jantung selepas keluar masuk h0spltal apabila dia dem4m berpanjangan, ses4k naf4s dan kerap munt4h.

Ketika popularitinya memuncak, dia banyak menghiasi telefilem dan drama bersiri, selain membawa pulang trofi termasuk menerusi Anugerah Skrin.

Sementara itu, Norasyikin yang menjaga anaknya sendirian selepas berpisah dengan suami pula berkata, orang luar tidak tahu situasi ditanggung mereka, sebaliknya hanya maklum kesihatan anaknya semakin pulih.

Malah, semangatnya juga dilihat tetap ampuh apabila menghasilkan buku puisi berjudul 38 Poems of Puteri Balqis yang dijual di sekitar ibu kota.

Bagi mereka yang ingin mengikuti kisah Puteri Balqis di Bersamamu, ia akan disiarkan jam 6.30 petang esok, di TV3.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH ONLINE

Be the first to comment on "Tuhan tak mahu kami lupa diri – Puteri Balqis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*