Masih Tiada Lagi Warls Yang Tvntut, Yaya Kini Diserahkan Pada Pihak JKM

Beberapa hari lalu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah ditemui berdekatan dengan sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Yaya itu dipercayai, telah ditinggalkan seorang diri pada malam berkenaan dan telah dijumpai oleh pemilik restoran itu sendiri.

Sehingga kini dimaklumkan, masih tiada waris atau keluarga rapatnya yang tampil menuntut kehilangan dan membawa pulang Yaya dalam jagaan pihak polis ketika itu.

Menurut laporan harian Metro, semalam pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menyerahkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor kira-kira jam 10 pagi. Tindakan tersebut dilakukan kerana mereka terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM.

Sehingga kini,  pihak polis masih lagi belum menerima mana-mana kes khilangan mengenai kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, pencarian waris Yaya ini masih lagi giat dijalankan.

Namun, pencarian waris Yaya agak terbatas kerana kanak-kanak itu ditinggalakan sehelai sepinggang dan tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi.

Orang ramai diseru untuk membantu dan yang mengetahui maklumat tentang kes ini boleh menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.

Diharapkan ibu bapa atau waris terdekat, boleh tampil dan menuntut Yaya dibawah jagaan JKM. Yaya juga kanak-kanak yang masih perlukan kasih sayang daripada keluarganya sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:Metro via KLPRESS

Be the first to comment on "Masih Tiada Lagi Warls Yang Tvntut, Yaya Kini Diserahkan Pada Pihak JKM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*