“Jangan Bagi Vivy & Neelofa Tahu Jenis Kain Ni Kalau Tak…” – Siram Air Tapi Tak Basah, Tudung Ini Kalis Air!

Sehelai kain tudung bawal mencuri perhatian wargamaya apabila ia mempunyai ciri kalis air.
 
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @MImranC2 berkongsi sepotong video demonstrasi menunjukkan tudung tersebut tidak basah apabila disiram air.

Namun, apa yang hangat diperkatakan adalah harga yang bakal dikenakan jika tudung ini dijual oleh jenama-jenama tudung popular tempatan.

“Jangan bagi Vivy dan Neelofa tahu jenis kain ni nanti diorang jual RM10,00 sehelai,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.
 
Kicauan itu nampaknya mengundang reaksi bercampur-baur daripada wargamaya terutamanya peminat tudung dUCK yang diihamkan oleh Datin Vivy Yusof dan Naelofar Hijab yang dimiliki usahawan berjaya Neelofa.
 
Malah ada wargamaya yang mempertahankan dua figura wanita moden tersebut dengan memaklumkan fabrik jenis kalis air tersebut sudah berada di dalam perancangan akan datang dua jenama tersebut.

“Duck dah ada tudung waterproof, anak tudung kalis bau dan macam-macam lagi cepat dari ni. Teknologi China lagi cepat dari Malaysia. Kadang orang cuma tahu membahan tanpa ada pengetahuan dan cari gali kenapa tudung diorang lagi mahal,” komen seorang wargamaya.
 
“Ops, tweet ini telah berjaya menggugat jiwa pengikut Vivy dan Neelofa. Nasib aku jenis pakai tudung sarung atau tudung bawal RM10 je tapi smart la kain waterproof ni. Boleh jalan bawah hujan tanpa paying,” kata seorang wargamaya.
 
“Untuk pengetahuan awak, Vivy dah pernah cuba jenis kain ni di China. Awak boleh tengok saluran YouTube Vivy. Ada orang simbah air dekat tudung yang dia cuba di kilang,” ujar seorang wargamaya.
 
“Ni kalau Neelofa tahu, habis dia borong kain buat telekung, tudung, beg tangan, boleh buat baju hujan bagai.. sebab tak akan basah,” tulis seorang wargamaya lagi.
 
Kicauan daripada pengguna tersebut sehingga kini telah mencecah hampir 35,000 ulang kicau dan lebih 30,000 tanda suka daripada warga Twitter. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Jangan Bagi Vivy & Neelofa Tahu Jenis Kain Ni Kalau Tak…” – Siram Air Tapi Tak Basah, Tudung Ini Kalis Air!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*