Umur 2 Tahun Petah Bercakap Bahasa Melayu & Inggeris, Syatilla Melvin Kongsi Tips Buat Ibu Bapa

Pelakon Syatilla Melvin bersyukur kerana anaknya, Syeriv Samheizy yang baru berusia dua tahun sudah petah bercakap.

Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

“Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa alhamdulilah.. tips?

“1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas

“2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!!

“3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat

“4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.

Entri isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.

Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Umur 2 Tahun Petah Bercakap Bahasa Melayu & Inggeris, Syatilla Melvin Kongsi Tips Buat Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*