“InsyaAllah Kita Semua Akan Jadi TetamuNya Nanti ..” Lia Natalia Bawa Keluarga Tunai Umrah

Pelakon Lia Natalia telah berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga semalam.

Lia menerusi akaun Instagram (IG)nya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.

Pemilik nama sebenar Alia Afiqah Abden memohon dipermudahkan urusan dan perjalanannya di sana bersama ahli keluarga.

“Alhamdulillah niat untuk membawa parents ke umrah tercapai juga. Lia ingin meminta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa.

“InsyaAllah kita semua akan jadi tetamuNya nanti. Doakan kesihatan, urusan dan perjalanan kami sekeluarga ke tanah suci dipermudahkan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Selain Lia, penyanyi dan pelakon Ernie Zakrie turut berada di sana sejak 17 Disember lalu.
 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah niat untuk membawa parents ke Umrah tercapai juga. Lia ingin meminta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa. InshaAllah kita semua akan jadi tetamuNya nanti. Doakan kesihatan, urusan dan perjalanan kami sekeluarga ke Tanah Suci dipermudahkan💞 . Khimar dari @gerobokmuslimahbymz . #LiaNatalia #Family #Love #FirstTime #Umrah #Alhamdulillah

Siaran dikongsi oleh Lia Natalia (@lia_natalia) pada

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“InsyaAllah Kita Semua Akan Jadi TetamuNya Nanti ..” Lia Natalia Bawa Keluarga Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*