Teguran Pensyarah Pada Pelajar Buat ‘Hal’ Ini Raih Perhatian Ramai

 

Zaman belajar tidak kira di sekolah mahu pun di peringkat pengajian tinggi adalah waktu yang penuh memori yang akan dikenang suatu hari nanti. Gelagat rakan seperjuangan yang kadang-kadang ‘masuk air’ mungkin menjadi antara yang paling dirindui. Sama seperti teguran pensyarah pada pelajar buat hal dalam kelas ini.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman teguran pensyarah pada pelajar yang boleh tahan buat ‘perangai’ di dalam kelas. Dalam rakaman berdurasi 14 saat itu kelihatan pelajar tersebut sedang asyik ‘berlakon’ seperti seorang DJ muzik menggunakan peralatan di atas meja sambil rakannya merakam.

Namun tiba-tiba pensyarahnya datang dan menegur perbuatannya itu. Rakaman tersebut telah meraih lebih 372,000 tontonan. Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai itu:

Perkongsian ini mendapat lebih dari 39,800 retweeets dan 30,200 likes dari netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran pensyarah berkenaan.

Manakan tidak, di awal rakaman tersebut kelihatan kelibat pensyarah itu agak jauh dari pelajar berkenaan. Namun begitu, secara tiba-tiba dia terus muncul di sebelah pelajar itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya.

Rata-ratanya netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Laju siot lecturer dia jalan”

“Lecturer tu tegur kena dengan time…hahaha memang dah cantik kalau nak masuk bunyi2 suara kat part tu..hahah”

“Hahhaha aku ulang do part ‘yang kau pulas-pulas tu apahal”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: IrfanSalimmm via HCL

Be the first to comment on "Teguran Pensyarah Pada Pelajar Buat ‘Hal’ Ini Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*