Nadya Syahera Tert3kan Badan Kurus, Disamakan Seperti Bang4u

Pelakon Nadya Syahera mendedahkan bahawa dia berasa agak tertek4n dengan keadaan dirinya yang semakin kurus.

Nadya atau nama sebenarnya, Nadya Syahera Rosli, 26, berkata, keadaan bentuk badannya yang kelihatan tidak ideal itu menyebabkan dia sering menjadi bahan ejekan orang sekeliling.

“Apabila jumpa orang, hampir semua orang yang saya jumpa, reaksi diorang, ‘keciknya’, ‘kurusnya’,’ kaki ke ranting?’,’ macam bangaulah’,’bigbird lah’,’awat kurus sangat?’ dan banyak lagilah.

“Sejujurnya, saya rasa down juga bila dapat kata-kata macam tu daripada orang sebab saya tak minta pun kurus kering macam ni,” tulisnya.

Luahan itu dibuat pelakon Dia Semanis Honey itu menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau orang lain ada masalah nak kurus, ada orang kata gemuk lah, isi terlebih lah, berat overkilo lah, Baju susah size, stress nak kurus tapi tak boleh lawan selera makan. Diet pun tak kurus jugak. Tapi pada i, lain plak. I rasa korang yang ada selera makan, tengok makanan ada nafsu, korang makan jee, biarlah berisi sikit pun asalkan badan tu sihat takde sakit every month masuk hospital kan.Jangan sampai diet nak kurus sampai memudaratkan. Bersyukur jelah tapi makan jangan makan benda yg berisiko bawak penyakit plak. Macam i ni, kadang terasa stress jugak bila sekarang ni i kurus dari sebelum ni, Dulu i pakai S atau M tapi lebih kurang setahun lepas badan i jadi drop, kurus tapi kilogram maintain jugak 47-50kg. Badan je makin kecil. Orang kata berat tulang. So bila jumpa orang, hampir semua org yg i jumpa, reaction dorang.. ‘ keciknyaaa’ Kurusnyaa’ kaki ke ranting?’ Macam bangaulah’ bigbird lah’ awat kurus sgt?’ dan banyaklah lagi lah. To be honest, i rasa down jugak bila dapat kata2 macamtu dari orang. sbb i tak mintak pun kurus kering macamni. I ni mmg jenis suka skip makan dari dulu lagi smpai skrg tapi badan i tak pernah drop sampai ke tahap org tgk pun tkejut. maybe sbb faktor hormon n faktor mak anak dua kan. At one point rasa nak pi ambik macam2 supplement supaya instant dapat gemukkan badan. Tapi pikir balik buat apa nak buat semua tuuu. I patut bersyukur walaupun i kurus kering macam ranting ke, tiang letrik ke, kaki size pelpero ke.. ahhh lantokklahh. Allah bagi i sihat tubuh badan, bukan nak riak tapi nak share pada orang yg suka ‘ BODY SHAMING ‘ ni, atleast i sihat jarang sangat sangat sakit demam. Boleh jaga keluarga i dengan sihat gitu. So pada korang kat luar sana, korang GEMUK atau KURUS. Bersyukur lah dengan kejadian Allah bagi. Kalau rasa nak kurus atau nak gemukkan badan korang, pilih cara yg paling baik okay . Sentiasa Bersyukur dgn apa adanya. Jadilah diri sendiri, pedulikan orang. Siapa yg kutuk kutuk tu, katanya ‘Body Shaming’ boleh saman. Ha mohh kite saman dorg. Biashee tu mulut jari tangan korang takde adab eh kutuk kejadian Allah. hamboiiiii #sisluahperasaan #kakirantingsisokayje

Siaran dikongsi oleh NS (@nadyasyahera) pada

Nadya memberitahu dia menyedari perubahan otot badannya semakin mengecil kira-kira setahun yang lalu.

“Kurus tapi kilogram kekal antara 47 hingga 50 kilogram. Orang kata berat tulang. Mungkin sebab hormon dan faktor mak anak dua kan,” katanya.

Begitupun, kata Nadya, dia bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.

“Pada satu tahap saya rasa nak ambil macam-macam makanan tambahan supaya dapat gemukkan badan dengan cepat. Tapi fikir balik buat apa nak buat semua tu.

“Saya patut bersyukur walaupun saya kurus kering macam ranting ke, tiang elektrik ke, lantaklah. Sekurang-kurangnya saya sihat jarang sangat sakit demam,” ceritanya.

Perkongsian Nadya itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata memberi sokongan kepadanya agar sentiasa yakin dan mengutamakan kesihatan berbanding bentuk fizikal.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Nadya Syahera Tert3kan Badan Kurus, Disamakan Seperti Bang4u"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*