“Jumaat lalu, kami berbincang…”- Hafreez Adam & Zara Zya putus tunang

Sejak kebelakangan ini, hubungan antara selebriti terkenal Hafreez Adam dan Zara Zya menjadi bualan ramai sehingga timbul pelbagai spekulasi.

Baru-baru ini juga, Hafreez Adam dikatakan sudah tidak mengikuti pelakon terkenal itu lagi dilaman Instagram selain memadam foto mereka. Bagaimanapun terbaru menerusi BH Online, pasangan ini dilaporkan telah putus tunang pada bulan lalu.

“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.

Malah, ianya juga disahkan oleh Hafreez Adam apabila ikatan pertunangannya bersama Zara Zya terlerai. Namun begitu, Hafreez Adam akur dengan suratan tertulis dan mengatakan dia dan Zara Zya berpisah secara baik.

“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

Katanya juga menerusi sumber, tiada lagi persefahaman dalam hubungan mereka yang sekian lama terjalin dan menganggap tiada jodoh antara mereka.

Dalam pada itu, Hafreez Adam turut mendoakan yang terbaik buat Zara Zya dan mengharapkan pengertian daripada peminat mereka serta sama-sama mendoakan yang baik-baik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: BH Online via HCL

Be the first to comment on "“Jumaat lalu, kami berbincang…”- Hafreez Adam & Zara Zya putus tunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*