“Demi Nak Cari Duit Hallal,” Remaja Berhujan Jual Jeruk Tepi Jalan

Mencari rezeki bukanlah sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, pekara tersebut merupakan tanggungjawab yang harus dilakukan bagi memperoleh rezeki yang halal.

Oleh itu, tidak hairanlah jika anak-anak yang masih bersekolah mencari peluang semasa cuti persekolahan ini untuk tampil membantu ibu bapa menambah pendapatan keluarga.

Jual jeruk tepi jalan

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh di Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Syazajoe telah berkongsi beberapa gambar seorang remaja lelaki yang berhujanan menjual jeruk di tepi jalan.

Situasi hiba itu telah berjaya dirakam menerusi dalam kereta ketika cuaca hujan dan remaja itu masih gigih memegang banner jeruknya tanpa menghiraukan dirinya yang sudah basah kuyup.

Semoga dipermudahkan urusan cari rezeki

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter pengguna itu dengan pelbagai maklum balas.

Kebanyakkan mereka menzahirkan rasa simpati dan meminta agar sesiapa yang berada di kawasan berhampiran menyokong perniagaan remaja itu kerana usaha gigihnya mencari duit dalam keadaan cuaca kurang elok ini.

Memang meniaga dalam hujan lebat

Anggap je bersedekah sekali

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : syazajoe via KLPRESS

Be the first to comment on "“Demi Nak Cari Duit Hallal,” Remaja Berhujan Jual Jeruk Tepi Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*