“Lama Juga Nak Beranikan Diri”- Maya Karin Jalani Pemb3dahan Mata

Pelakon Maya Karin selamat menjalani pembedahan mata bagi menyelesaikan masalah rabun yang dialaminya selama ini.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 40, berkongsi berita tersebut menerusi satu entri di Instagram.

“Akhirnya, saya berjaya melakukannya! Saya dah betulkan mata saya! Yahooo! Lama juga nak beranikan diri.

“Bertahun-tahun adik lelaki saya suruh buat. Terima kasih Dr. Aloysius, anda hebat. Anda berjaya menenangkan saya dengan aura ala-ala Santa Clause,” kongsinya.

Biarpun tidak menyatakan secara terperinci jenis rawatan yang dilakukannya, difahamkan Maya melakukan pembedahan lasik mata di sebuah pusat pakar mata swasta di ibu kota.

Maya turut berkongsi gambar dirinya yang memakai alat pelindung mata selepas selamat menjalani pembedahan tersebut.

“Ini adalah untuk melindungi mata ketika tidur, takut tercakar dan sebagainya. Seksi tak? #Eyeop #fixingmyrabun,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Finally I did it! Fixed my eyes!!! Yahoooo!! Lama juga nak berani kan diri. Bertahun2 adik laki saya suruh buat. Thanks Dr Aloysius, you were superb. Keeping me calm with that Santa Clause kinda vibe. Swipe #eyeop #vision @vista.eye #kurakurarabun

Siaran dikongsi oleh Maya Karin (@maya_karin) pada

Perkongsian aktres filem Munafik 2 itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar Maya cepat sembuh.

“Adakah ini pembedahan lasik? Semoga cepat sembuh.

“Lepas ini dah tak perlu pakai cermin mata lah. Semoga lekas baik kak,” tulis sebahagian netizen.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Otw way beli tempe jap sebelum operation maya.. 🎶mata memandang, mata memikat, mata lah puncanya.. @vista.eye

Siaran dikongsi oleh Maya Karin (@maya_karin) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Lama Juga Nak Beranikan Diri”- Maya Karin Jalani Pemb3dahan Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*