“Walaupun Dua Kali Terbelit Tali Pusat Tapi ..” – Isteri Selamat Bersalin, Hafizul Kamal Dapat Anak Perempuan

Aktor Hafizul Kamal selamat menimang cahaya mata perempuan semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.

“Alhamdulillah seorang lagi princess untuk daddy,” tulisnya secara ringkas.

Hafizul telah memuat naik foto menggendong anaknya namun tidak didedahkan secara jelas wajah bayi tersebut.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. seorang lagi Pwincess untuk daddy..

Siaran dikongsi oleh Pijot (@hafizulkamal) pada


Dalam pada itu, isterinya, Mieja Ibrahim turut berkongsi di laman Twitter miliknya.

Kata Mieja, mereka terpaksa menghadapi situasi getir apabila tali pusat bayi tersebut terbelit sebanyak dua kali ketika pembedahan dijalankan.

“Alhamdulillah. Raisya dapat adik perempuan berat 2.75kg pukul 8.30am tadi.

“Walaupun dua kali terbelit tali pusat tapi doktor berjaya keluarkan baby dalam keadaan selamat,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Hafizul dan Mieja serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.

Terdahulu, pelakon filem PASKAL The Movie ini mendirikan rumah tangga dengan Mieja pada 13 Februari 2016.
 
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Walaupun Dua Kali Terbelit Tali Pusat Tapi ..” – Isteri Selamat Bersalin, Hafizul Kamal Dapat Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*