(Video) Selalu Bangun Lewat Walau Dah Kunci Jam, Rupanya Kerja Si ‘Meow’ Tutup Alarm Setiap Pagi

 

Lucu, seorang lelaki tertanya-tanya mengapa dia selalu tidak terjaga daripada tidurnya untuk pergi bekerja walaupun jam penggera telah dipasang di telefon bimbit miliknya pada setiap hari.

Menerusi satu rakaman video, seekor kucing yang diberi nama Joaquim telah bertindak mematikan jam penggera milik tuannya sehingga terlewat untuk ke tempat kerja gara-gara tidak terjaga dari tidur.

Video yang berdurasi 1 minit 11 saat telah menceritakan segala kemusykilan yang berlaku kepada tuannya sejak kebelakangan ini asyik lewat terjaga walaupun jam penggera telah dipasangkan.

Menerusi rakaman video tersebut, Joaquim didapati berlari ke arah telefon bimbit yang telah dipasang jam penggera di atas sebuah meja ketika ianya sedang berbunyi dan bergetar.

Joaquim dilihat telah menekan-nekan beberapa kali skrin telefon itu untuk mematikan jam penggera tersebut.

Joaquim kemudiannya melompat ke arah katil dimana tuannya sedang nyenyak tidur.

Kini, tuan kepada Joaquim mengetahui mengapa dia tidak terjaga dari tidur menyebabkan dia terlewat untuk bekerja walaupun jam penggera telah dipasang.

Ianya adalah angkara kucing kesayangannya yang mematikan jam penggera tersebut tanpa mengejutkannya daripada tidur tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: adbible, viraldog

Be the first to comment on "(Video) Selalu Bangun Lewat Walau Dah Kunci Jam, Rupanya Kerja Si ‘Meow’ Tutup Alarm Setiap Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*