‘Trending’ perbandingan kisah cinta, tweet lelaki ini di kvbur arwaah isteri cetus hlba

Setiap masa akan ada sahaja perkara yang dijadikan trending di laman Twitter, baru-baru ini menjadi satu apabila para pasangan bercinta membuat perbandingan kisah cinta mereka antara dulu dan sekarang.

Namun, tweet perbandingan kisah cinta seorang pengguna dengan nama akaun Acong atau lebih dikenali sebagai Khairul Azwan Razali, telah membuatkan ramai yang tersentuh.

Dikala, pasangan lain mengabadikan gambar bersama kekasih hati masing-masing, lelaki ini hanya mampu bergambar bersama kubur arwah isterinya.

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Nur Syamimi Alia Mazlan meninggal dunia akibat menderita penyakit kanser sejak tahun 2016.

Bercerita mengenai detik perkenalan, sebenarnyan lelaki berusia 24 tahun ini sudah mengetahui mengenai penyakit isterinya sebelum mereka berkahwin lagi.

Cinta berputik pada tahun 2011 ketika masing-masing mengikuti kumpulan umrah yang sama, meskipun mengetahu mengenai penyakit tersebut, lelaki itu tetap mahu meneruskan perkahwinan agar dapat dia menjaga Nur Syamimi sebagai isterinya.

Keadaan kesihatan isterinya bertambah merosot selepas pulang daripada menunaikan umrah. Sudah tertulis ajalnya, pada 13 Ogos 2019, isterinya menghembuskan nafas terakhir.

Sejak daripada itu, sudah menjadi rutin harian buat Khairul, setiap kali pulang selepas habis bekerja, dia pasti akan singgah ke pusara isterinya untuk melepaskan kerinduan tanpa mengira waktu.“Memang setiap hari saya melawat kubur arwah, kalau habis kerja malam saya juga akan pergi. Pernah tu saya melawat pada pukul 2 pagi…”Bila hadir satu majlis kahwin dan tetiba dapat ayat ni

“Orang lain baru nak kahwin tapi mg duda dah umur 24”

Maka tersenyum lah kesorangan untuk menghibur kan hati sendiri ☺️

Meskipun isterinya sudah meninggal dunia, namum hubungan baik antara dia dan keluarga mertua masih lagi baik sehingga kini. Semoga saudara Khairul terus tabah dalam menghadapi dugaan Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Khairul Azwan Razali via  KL PRESS

Be the first to comment on "‘Trending’ perbandingan kisah cinta, tweet lelaki ini di kvbur arwaah isteri cetus hlba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*