“Makan…Tidur & Ketawa!” – Mrs Malaysia Universe Kongsi Tips Kekal Cantik Di Usia 40 Tahun

Sosialit jelita yang merangkul gelaran Mrs. Malaysia Universe 2019, Sophia Mohd Noor berkongsi tips cantik dan kekal langsing di usia 40 tahun.

Menurut Sophia, dia menitikberatkan kepentingan tidur yang mencukupi dan menjalani kehidupan dengan positif.

“Cara saya mudah sahaja, makan elok-elok, jaga waktu tidur dan gelak ketawa secukupnya, barulah kehidupan kekal positif,” kata Sophia kepada Gempak.

Tambah Sophia, dia tidak mempunyai sebarang rutin diet dan senaman secara khusus, sebaliknya menjalani kehidupan harian seperti wanita lain.

“Saya tidak mempunyai rutin diet dan senaman secara khusus, saya jalani kehidupan harian seperti seperti wanita lain.

“Saya sangat suka memasak, saya suka meluangkan masa di rumah dan cuba pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga mahupun rakan-rakan.,” katanya lagi.

Sophia bakal mewakili Malaysia di pertandingan Mrs. Universe 2019 yang akan berlangsung di Guangzhou, China pada 22 Disember ini.

Terdahulu, Sophia telah dinobatkan sebagai Mrs. Malaysia Universe di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada Oktober.

Sophia merupakan ibu kepada seorang anak. Wanita yang mencetuskan ispirasi ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Syabas dan selamat berjaya diucapkan kepada Sophia Mohd Noor!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Makan…Tidur & Ketawa!” – Mrs Malaysia Universe Kongsi Tips Kekal Cantik Di Usia 40 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*