Video Abang Aziz Jatuh Bot Kembali Tular, Ramai Masih Terhibur!

Saban tahun beberapa kawasan di Pantai Timur pasti akan ada yang ditenggelami air. Musim monsun ini menyebabkan air sungai melimpah kerana tidak menampung hujan lebat yang turun tanpa henti. Ini menyebabkan banjir melanda di sesetengah kawasan.

Umum sedia tahu akan keadaan ini membuatkan badan beruniform seperti Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sebagainya bersiap sedia menghadapi situasi ini bagi membantu penduduk yang terjejas.

Di samping itu juga wartawan turut ditempatkan di kawasan terjejas bagi memberikan laporan mengenai situasi semasa di sana. Tahun lalu antara yang menjadi perhatian ramai adalah dengan satu video ‘Abang Aziz jatuh bot’.

Video tersebut meraih perhatian ramai kerana seorang wartawan yang sedang melaporkan situasi banjir secara tiba-tiba terkejut melihat rakannya yang dipanggi Abang Aziz terjatuh dari bot.

Tahun ini, video tersebut kembali meraih perhatian ramai apabila wartawan itu muncul di TV membuat laporan dengan situasi banjir sekali lagi.

Menerusi kapsyen erkongsian seorang pengguna Twitter, “Yang tahu je tahu siapakah beliau” sambil dikepilkan bersama foto ini:

Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai dengan 16,400 retweets serta 12,500 likes.

Berikut adalah video yang pernah tular sebelum ini:

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Abang ajih jatuh bok!!!”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: adiehussin94 via HCL

Be the first to comment on "Video Abang Aziz Jatuh Bot Kembali Tular, Ramai Masih Terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*